RON97 naik 10 sen lagi kepada RM2.50 seliter mulai 1 Februari 2011


Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa 12.00 tengah malam 1 Februari 2011 (Selasa).

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.

Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter.

Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.

Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.

- MALAYSIAKINI
Next Post Previous Post
5 Comments
  • the.mri
    the.mri Selasa, 1 Februari 2011 pada 3:31:00 PG SGT

    xkan seposen je naik..kasi naik rm5 trus..maju ckit ekonomi negara

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Selasa, 1 Februari 2011 pada 4:27:00 PG SGT

    GOTAH DEN NAIK 3 HINGGIT KELAPA SAWIT NAIK 30 HINGGIT OKLAH LA. TU NAMA NAIK TAIK GIGI AJA TAK KISAH PUN.ALHAMDULILAH.

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Selasa, 1 Februari 2011 pada 10:34:00 PTG SGT

    kalau setakat dok isi minyak ron95 jangn dok bising,yang naik ron97 bukan ron95

  • Unknown
    Unknown Rabu, 2 Februari 2011 pada 12:21:00 PTG SGT

    nape x bagi naik RON97 menjadi rm10 seliter..puas hati kerajaan..RON95 kasi naik rm8 seliter.kan bagus..boleh bagi byk duit sikit kat kuncu bawahan kerajaaan.biarlaa rakyat yg miskin jd lagi papa kedana. bgus tindakan kerajaan.. teruskan usaha melingkupkan dan menindas rakyat anda..

  • ! Sam Posmen                                                                                                        !
    ! Sam Posmen ! Jumaat, 4 Februari 2011 pada 11:44:00 PTG SGT

    walaupun 10sen tapi kenaikan amat terasa.

Add Comment
comment url