Statistik Pilihanraya Kecil DUN Tenang


BN telah memenangi Bandar Labis Timor (63.4% Cina), Labis (58.3% Cina) dan Tenang Station (54% Cina).

Sementara PAS menang di Labis Bandar Tengah (95.7 % Cina). Dalam pilihanraya umum 2008, di samping Bandar Labis Tengah, PAS memenangi Bandar Labis Timor dan Labis.

Analisis: DAP mendakwa ia memenangi 70% undi Cina di Tenang, berdasarkan kepada keputusan dari Bandar Labis Tengah, yang merupakan 95.7% pengundi Cina. Di situ, DAP memperolehi 69.8% undi keseluruhannya.

Bagi dua lagi daerah undi majoriti Cina - Bandar Labis Timor (63.40 % Cina) dan Labis (58.3% Cina) - DAP berhujah mereka dapat mempertahankan undi pengundi Cina di situ, tetapi kalah sokongan pengundi Melayu dan India, mengakibatkan PAS kalah di kedua-dua kawasan berkenaan yang dimenanginya dalam pilihanraya umum 2008.

PAS kalah di Tenang Station (54% Cina) pada 2008 dan 2011.

Bagaimanapun, hanya keputusan terperinci bagi semua saluran pengundi, dapat menunjukkan undi yang diperolehi oleh kedua-dua pihak di kawasan campuran pengundi, berbanding dengan kawasan mono-etnik seperti Bandar Labis Tengah.

Kejayaan BN mengekalkan DUN Tenang hari ini, adalah kemenangan keenam daripada 14 pilihan raya kecil yang diadakan selepas pilihan raya umum 2008. Pakatan pula memenangi lapan pilihan raya kecil.

Pakatan menang di Sibu, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Permatang Pauh, Permatang Pasir, Manek Urai, Penanti dan Selambau.

BN pula menang di Tenang, Hulu Selangor, Galas, Tenang, Sapi Bagan Batu dan Pinang.

Pilihan raya kecil ke-15 pula akan diadakan di Merlimau pada 6 Mac depan.

STATISTIK

N05: TENANG, JOHOR

Jumlah pengundi: 14,753

KEPUTUSAN:

Normala Sudirman (Pas) 2,992 undi

Mohd Azahar Ibrahim (BN) 6,699 undi

Jumlah mengundi 9,833 pengundi

Peratus mengundi 67 peratus

Undi rosak 142 undi

Majoriti 3,707 undi

Penyandang (PRU 2008) : Sulaiman Taha (BN)

Undi diperolehi: 6,367

Majoriti: 2,492

- MALAYSIAKINI
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url