Top Ad 728x90

,

Melayu paling ramai mohon anak angkat

KUALA LUMPUR 18 Mei - Seramai 6,259 anak angkat telah didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seluruh negara tahun lalu.

Jumlah tersebut menurun sebanyak 852 berbanding 7,111 anak angkat yang didaftarkan dalam tempoh sama pada tahun sebelumnya.

Menurut Ketua Pengarah JPN, Datuk Alwi Ibrahim, permohonan paling banyak diterima ialah dalam kalangan pasangan Melayu, sebanyak 3,418 diikuti India 286 dan Cina 229 permohonan.

Permohonan yang diterima daripada kaum-kaum lain seperti Punjabi serta bumiputera di Sabah dan Sarawak ialah 1,595.

Selain daripada proses pengambilan anak angkat mengikut akta yang telah ditetapkan, JPN juga katanya, menerima sebanyak 731 permohonan anak angkat menerusi perintah mahkamah.

"Berdasarkan statistik dikeluarkan JPN pada tahun sama, pendaftaran paling banyak ialah di Johor iaitu 1,334 manakala yang paling sedikit ialah Perlis dengan 58 pendaftaran,'' katanya.

Jelas Alwi, keistimewaan permohonan pendaftaran anak angkat melalui mahkamah adalah kanak-kanak itu akan dianggap seperti anak kandung yang mempunyai hak, tugas dan tanggungjawab sebagai anak kandung.

Bagaimanapun, katanya, dalam kalangan pasangan Islam, disebabkan agama melarang penukaran nama bapa kandung, ramai ibu bapa angkat memalsukan pendaftaran kelahiran kanak-kanak terutamanya pengambilan anak angkat yang tidak melalui Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM).

"Bagi terus mengelakkan perkara tersebut berleluasa, JPN telah mengetatkan prosedur pendaftaran kelahiran dengan mensyaratkan dokumen seperti surat pengesahan kelahiran, dokumen pengenalan diri ibu bapa kandung, buku pemeriksaan ibu mengandung dan dokumen perkahwinan perlu dibawa semasa pendaftaran.

"Selepas itu, ibu bapa angkat dan anak angkat juga akan ditemuduga bagi memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat dan sekiranya perlu, JPN akan mendapatkan bantuan JKM untuk menjalankan siasatan bagi mengeluarkan laporan sosial mengenai keluarga angkat," katanya.

- UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90