Top Ad 728x90

,

Mitsubishi perkenal kereta elektrik Mitsubishi i-Miev


KUALA LUMPUR 26 Okt. - Pengedar Mitsubishi, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah memperkenalkan kereta elektrik sepenuhnya yang pertama di Malaysia, Mitsubishi i-Miev.

MMM dalam kenyataannya di sini berkata, kehadiran i-Miev di Malaysia bertujuan untuk mempromosikan penggunaan kenderaan bebas pencemaran bagi mengurangkan pemanasan global.

"Kini rakyat Malaysia boleh merasai sendiri inovasi teknologi yang ditawarkan oleh i-Miev dengan memandunya,'' kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tetsuya Oda.

i-Miev mampu menghasilkan kuasa sehingga 49 kW serta 180 Nm dan boleh bergerak sejauh 160 kilometer selepas dicaj selama lapan jam menggunakan kuasa 230 volt.

Kelajuan kereta berkenaan mampu mencapai 130 km/j dan prestasinya 31 peratus lebih pantas berbanding kereta berenjin petrol pada kelajuan 40 hingga 60 km/j.

Antara keunikan lain adalah kereta berkenaan boleh dicaj menggunakan soket biasa di rumah.

Sejak dilancarkan Julai 2009 di Jepun, i-MiEV telah menarik perhatian dunia kerana menjadi kereta pertama dunia menggunakan enjin elektrik sepenuhnya.

i-MiEV mula dijual kepada orang ramai pada April 2010 dan sebanyak 4,000 buah telah terjual di Jepun dan 10,000 buah di 19 buah negara di seluruh dunia.

- UTUSAN

1 Comment:

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90