10,816 tabika Kemas dibuka tahun 2012
Tenaga pengajar tersebut diperlukan bagi memenuhi hasrat kerajaan memperluaskan pendidikan prasekolah dengan mewujudkan sebanyak 10,816 kelas tabika Kemas pada tahun 2012.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pada tahun 2012, sebanyak 10,816 buah kelas tabika akan memberi faedah kepada 240,000 kanak-kanak di kawasan luar bandar.
"Pembukaan kelas ini juga akan membuka peluang pekerjaan kepada seramai 5,000 orang anak-anak muda kita dari kawasan luar bandar, perkampungan Orang Asli dan kawasan pedalaman, yang mempunyai kelayakan dan berminat dalam pendidikan awal kanak-kanak," katanya.
Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalannya, Datuk Hasan Malek pada Majlis Perasmian Penutup Hari Potensi Tabika Kemas Peringkat Kebangsaan di Kolej Kemahiran Tinggi Mara di Ledang.
Program empat hari bermula kelmarin menghimpunkan 854 kanak- kanak tabika dari seluruh negara bagi acara sukan, 14 orang kanak- kanak bagi Anugerah Kanak-Kanak Cemerlang manakala 28 guru tabika telah disenarai pendek sebagai Anugerah Pemaju Masyarakat.
Menurut Shafie, beliau berharap peluang pekerjaan di tabika Kemas itu dapat dimanfaatkan anak tempatan supaya dapat berkhidmat di tempat mereka sendiri tanpa perlu berhijrah ke tempat lain.
Kata beliau, usaha berterusan juga dilaksanakan bagi memastikan tenaga pengajar tabika Kemas mempunyai kelayakan akademik di peringkat diploma dengan peluang melanjutkan pelajaran diberikan.
"Sehingga kini, seramai 2,330 guru tabika Kemas berkelulusan diploma dan sebanyak 1,902 orang sedang mengikuti pengajian itu. Seramai 3,741 orang akan mengikuti pengajian peringkat diploma mula tahun 2011 dan berakhir tahun 2015," katanya.
- UTUSAN
Assalam, bila lg ambilan untuk guru KEMAS bg tahun 2012?
Sekian, Jhan.
Waalaikumsalam. Belum tahu lagi bila ambilan KEMAS tahun 2012.
boleh email saya kalau ada pengambilan guru kemas pendidikan awal bg tahu 2012.Tq mariejane04@gmail.com