Buku : Rahsia Menambat Hati Pelanggan - Mohd Fathuallah


Antara rahsia yang akan didedahkan adalah:

- Bagaimana hendak bertindak pantas ketika menjual
- Kesan reputasi terhadap jualan
- Mengenal pasti kenalan yang membantu menaikkan anda dan yang sebaliknya
- Bagaimana hendak menjual idea
- Cara-cara menyakinkan pelanggan
- Tip menjual semudah ABC
- Rahsia menjadi seorang jurujual yang hebat!
- Pemasaran: Perlu ataupun menyusahkan?
- dan banyak lagi...

Dalam BAB PERTAMA, beliau kongsikan kepada anda bagaimana jenis dan karakter kawan dan rakan mempengaruhi minda, pemikiran, tindak tanduk dan malah cara anda menguruskan kehidupan seharian dan kerjaya anda. Beliau kongsikan bagaimana beliau sentiasa mencari peluang untuk menghadiri program-program yang dianjurkan oleh pihak swasta dan ianya dilakukan sejak beliau masih bergelar seorang mahasiswa lagi.

Beliau mencari program yang berbentuk pembangunan diri di internet setiap hari dan akhirnya beliau menemui satu kumpulan yang mengumpulkan semua ketua pegawai eksekutif atau CEO di seluruh Malaysia dimana mereka dedahkan rahsia kejayaan mencapai status tertinggi dalam sesebuah syarikat korporat. Pengalaman, kepakaran dan amalan dipraktikkan oleh CEO-CEO syarikat berkenaan telah mempengaruhi dan memberikan kesan hebat dalam diri beliau selepas beliau mendapat peluang mendapat ilmu hanya sejam daripada semua CEO berkenaan.

Dalam BAB KEDUA pula, beliau kongsikan kepada anda bagaimana kejayaan dan kualiti sesebuah aktiviti, program, projek atau rancangan dapat ditingkatkan dan diraih dengan pantas jika bergerak dalam pasukan. Anda tidak mampu mencapainya sendirian tanpa bantuan rakan-rakan dan sumber-sumber terbaik dalam meningkatkan mutu dan kualiti sesebuah program atau rancangan yang anda rancangkan selama ini.

Apa yang menariknya beliau kongsikan pengalaman beliau ketika beliau masih bergelar pelajar universiti dimana beliau telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menguruskan program berkenaan. Beliau tubuhkan Ahli Jawatankuasa Program (AJK), bermula selaku Pengarah Program sehinggalah ke AJK Tugas-Tugas Khas dan tempoh yang diberikan adalah sebulan atau 30 hari sebelum program itu dilancarkan.

Beliau berikan tugas-tugas yang spesifik kepada semua ahli jawatankuasa berkenaan dan beliau memantau mereka setiap masa secara keseluruhan. Beliau berjaya berjumpa dan mengadakan pertemuan sebanyak LIMA kali dan semua ahli jawatankuasa diberikan kelonggaran dan kebebasan supaya mereka dapat bekerja mengikut kreativiti masing-masing.

Akhirnya, program yang dijalankan oleh beliau dan rakan sepasukan telah menerima pujian dan tepukan gemuruh daripada rakan-rakan dan pengurusan tertinggi universiti. Beliau juga mengadakan satu sesi jamuan ringan bagi menghargai usaha mereka selepas berhempas pulas menyediakan dan mengadakan program berkenaan.

Begitu juga dengan bidang perniagaan.Ianya sama juga keadaannya jika mempunyai pasukan yang terbaik, komited dan seterusnya menghasilkan output yang hebat dan cemerlang!

Untuk maklumat lanjut dan cara untuk membeli buku ini secara online:
http://www.fathuallah.com/bookcp/hop.php?ref=my



Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url