Hanya 32.6 Peratus Rakyat Malaysia Berumur 15 Tahun Ke Atas Aktif Sukan

Hanya 32.6 peratus daripada rakyat Malaysia yang berusia lebih 15 tahun melibatkan diri dengan aktiviti senaman atau bersukan.

Manakala ramai menjadikan makan dan minum sebagai 'sukan kegemaran' mereka dan ini amat membimbangkan kerana aktiviti itu mampu menjejaskan kesihatan, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu.

Malah setiap dua orang daripada tiga rakyat Malaysia tidak mengamalkan cara hidup yang sihat, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Kesihatan Antarabangsa Kelapan 2011 dan Pesta Teh dan Bahan Minuman Antarabangsa Kedua 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Beliau berkata untuk itu, ibu bapa perlu memainkan peranan dengan mengamalkan cara hidup sihat supaya anak dapat ikut sama dan ini akan mengelakan masalah kesihatan di kalangan generasi muda.

Pameran itu yang bermula hari ini dan berakhir Selasa depan dibuka dari pukul 10 pagi dan 8 malam itu, dan menampilkan lebih 220 gerai pameran.

Pada tahun lepas, pameran itu telah menarik lebih 50,000 pengunjung.

- BERNAMA
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url