Tiada kelulusan baru untuk kolej jururawat

PETALING JAYA 16 Nov. - Kerajaan tidak akan memberi lagi kelulusan untuk pembukaan kolej kejururawatan yang baharu bagi menawarkan program diploma kejururawatan kerana jumlah jururawat dijangka berlebihan pada 2014.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin berkata, kelulusan itu tidak lagi dibenarkan setelah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan nisbah jururawat kepada penduduk negara ini mencecah 1:200.

Katanya, permintaan yang tinggi terhadap perkhidmatan jururawat telah menyebabkan kolej-kolej kejururawatan tumbuh begitu banyak.

"Setakat ini, 107 institusi menawarkan sijil dan diploma program kejururawatan melibatkan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM), institusi awam dan juga swasta.

"Untuk mengelakkan lebihan itu, kerajaan terpaksa melaksanakan langkah menghentikan program tersebut, malah tidak meluluskan lagi pembukaan kolej kejururawatan yang baharu," katanya pada majlis Penyampaian Diploma Kejururawatan Kolej Kejururawatan Tun Tan Cheng Lock 2011 di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Kejururawatan Jabatan Kejururawatan, Kementerian Kesihatan, Datuk Fathilah Abdul Wahab.

- UTUSAN
Next Post Previous Post
1 Comments
  • Unknown
    Unknown Isnin, 15 Disember 2014 pada 6:40:00 PTG SGT

    terima kasih kalau dpt membantu saya dapat kan kerja ini... saya betul nak jawatan kosong ini.. terima kasih

Add Comment
comment url