Wisma Putra tarik balik nasihat ke timur laut Jepun
Dalam satu kenyataan hari ini, Wisma Putra bagaimanapun tetap menasihati rakyat Malaysia agar mengelakkan perjalanan ke kawasan lingkungan 30 kilometer dari Pusat Janakuasa Nuklear Fukushima Daiichi dan sentiasa mematuhi zon larangan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Jepun.
Rakyat Malaysia turut dinasihati agar sentiasa berhati-hati dan peka terhadap sebarang arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Jepun yang berkaitan.
Mereka diminta mendaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo yang boleh dihubungi melalui talian 81-3-34763840 dan e-mel di maltokyo@kln.gov.my.
Pada 25 Mei lepas, Wisma Putra menasihati agar perjalanan ke timur laut Jepun ditangguhkan kerana kawasan itu masih mengalami kesan buruk berikutan gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac.
— BERNAMA