Jawatan Kosong di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) - Feb 2012

JAWATAN:
- Pegawai Peperiksaan DG1-1

A. SYARAT LANTIKAN:
http://www.scribd.com/doc/79873569/Iklan-Jawatan-Pegawai-Peperiksaan-Majlis-Peperiksaan-Malaysia-2012
ATAU
http://www.mpm.edu.my/documents/10156/01427708-e8b3-4423-95f3-afbd708bd185

(i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG1-1:T1); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG1-1:T2); atau

(iii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG1-1:T2); atau

2. Pengkhususan yang diperlukan adalah dalam bidang Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Ekonomi atau Pengajian Perniagaan.

3. Calon hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

B. CARA MEMOHON:

(i) Borang Permohonan MPM 1 :
http://www.scribd.com/doc/79874854/Borang-an-Jawatan-MPM
ATAU
http://www.mpm.edu.my/documents/10156/195695dd-2153-4a74-bd44-e72161557a4e

(ii) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar ukuran pasport, salinan sijil persekolahan, dan lain-lain sijil berkaitan serta salinan kad pengenalan.

(iii) Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing berserta dengan salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan yang terkini.

(iv) Nama jawatan yang dipohon hendaklah ditulis pada sudut atas sebelah kiri sampul surat.

(v) Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah di hantar kepada:

Ketua Eksekutif
Majlis Peperiksaan Malaysia
Bangunan MPM, Persiaran 1
Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan
(u.p: Bahagian Pengurusan Personel dan Pentadbiran)

C. CATATAN AM:

(i) Hanya pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga.

(ii) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Tiada makluman secara bersurat akan dikeluarkan oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia bagi permohonan yang tidak berjaya.

(iii) Sebarang permohonan yang lewat, tidak lengkap, dan tidak mematuhi syarat akan ditolak dan dianggap tidak berjaya.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 3 FEBRUARI 2012
Next Post Previous Post
10 Comments
  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Ahad, 29 Januari 2012 pada 1:21:00 PTG SGT

    xbole buka pun link tu

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Ahad, 29 Januari 2012 pada 7:01:00 PTG SGT

    mana x ley bukak pon???? not found jer..hemm

  • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
    MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Ahad, 29 Januari 2012 pada 7:15:00 PTG SGT

    Masalah server. Cuba buka semula hari bekerja esok (Isnin).

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Isnin, 30 Januari 2012 pada 1:55:00 PTG SGT

    same je...x blh bukak jgk

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Isnin, 30 Januari 2012 pada 4:04:00 PTG SGT

    nk tanye skit... saye dh danlod .. apesal tkleh bukak plak... keluar kotak2 n error... mcm ader virus... btol ke tidak ni borang ni... ke saje nk sebar virus....

  • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
    MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Isnin, 30 Januari 2012 pada 4:11:00 PTG SGT

    Ada masalah dengan laman web Majlis Peperiksaan Malaysia. Belum tahu lagi bila akan kembali pulih. Bukan virus.

  • Najid Zain
    Najid Zain Selasa, 31 Januari 2012 pada 9:03:00 PG SGT

    dah boleh bukak, alhamdulilah..:)

  • siti
    siti Selasa, 31 Januari 2012 pada 10:53:00 PG SGT

    Assalamualaikum...
    ingin bertanya...
    "...serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya." barmaksud perlu diploma pendidikan @ tidak? Atau perlu kelayakan yang lain.
    Terima Kasih

  • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
    MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Selasa, 31 Januari 2012 pada 11:10:00 PG SGT

    Siti - waalaikumsalam.

    Jawatan ini mesti ada pendidikan seperti lepasan DPLI dan ISMP. Lepasan ijazah biasa tidak layak.

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Jumaat, 30 Mac 2012 pada 11:18:00 PG SGT

    fauzana bt. mohd rasam.
    asalamualaikum...
    soalan saya: lepasan ijazah dr universiti azhar blh?

Add Comment
comment url