Temuduga Terbuka Jawatan Pekerja Sambilan Harian di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada 29 Feb & 1 Mac 2012
Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), mempelawa permohonan daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk menghadiri temuduga terbuka jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH) STPM/ Diploma yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut :
TARIKH/HARI | WAKTU TEMUDUGA | TEMPAT TEMUDUGA |
29 Februari 2012 dan 1 Mac 2012 (Rabu dan Khamis) | Waktu pendaftaran untuk sesi temuduga terbuka bermula jam 8.30 pagi – 1.00 tengah hari sahaja Sesi I (Pagi) 9.00 pagi hingga 1.00 petang Sesi II (Petang) 2.30 petang hingga 5.30 petang | Dewan Besar, Tingkat 3A, PTPTN, Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur |
Iklan Jawatan / Syarat-syarat Lantikan : klik sini
Borang permohonan jawatan : klik sini
Calon adalah diminta untuk membawa bersama borang permohonan yang telah diisi, dokumen sokongan asal dan salinan dokumen sokongan (yang telah disahkan) pada hari temuduga yang ingin dihadiri.
Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport dan semua salinan sijil dan dokumen yang telah disahkan hendaklah disusun mengikut susunan berikut :
1) Salinan Kad Pengenalan pemohon
2) Salinan Surat Beranak pemohon
3) Salinan STPM/STAM/SPM/PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
4) Salinan Ijazah berserta transkrip
5) Lain-lain dokumen sokongan
6) Pengiktirafan kelayakan Ijazah/Diploma/Sijil daripada JPA (sekiranya pemohon adalah lepasan IPTS)
http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung/jawatan-kosong