Top Ad 728x90

Rebet elektrik RM20 ke bawah dilanjutkan hingga akhir tahun 2012

Kerajaan melanjutkan tempoh bagi rebet elektrik RM20 dan ke bawah sehingga hujung tahun ini, kata Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Beliau berkata 1.08 juta pengguna domestik di seluruh negara yang menggunakan elektrik sebanyak RM20 dan ke bawah sebulan akan terus menikmati rebet itu.

"Ini merupakan salah satu usaha dan keprihatinan kerajaan dan kementerian ini untuk memberi tumpuan dalam meringankan beban kewangan rakyat dengan melanjutkan tempoh bagi rebet elektrik sehingga Disember tahun ini.

"Kerajaan telah membelanjakan RM141 juta setahun bagi membiayai pemberian rebet ini," katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementerian itu bagi tahun 2011 di Putrajaya.

Chin berkata kerajaan telah memperkenalkan program pengecualian daripada membayar bil elektrik bulanan sebanyak RM20 dan ke bawah bermula Oktober 2008 khusus kepada pengguna domestik daripada golongan berpendapatan rendah.

- BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90