Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada membeli dan mengguna empat produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual merkuri dan tretinoin.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Datuk Eisah A.Rahman berkata empat produck berkenaan ialah Acrena Pure Herbal Papaya Soap, White Complex, SS Pearl Cream dan SS Vita C Night Repair.
Beliau berkata produk kosmetik itu yang dicampur dengan bahan merkuri biasanya didapati pada produk yang dipasarkan untuk mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan.
"Penggunaan merkuri dan tretinoin dalam produk kosmetik adalah tidak dibenarkan dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.
Beliau berkata tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
Justeru, katanya, sesiapa yang mempunyai stok produk itu dinasihatkan supaya menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaan produk berkenaan dengan serta-merta.
- BERNAMA
Info, Kesihatan
By
MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
Selasa, Mac 26, 2013
Written by:
MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
Empat Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun Berjadual
Empat Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun Berjadual
Blogger Informasi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Comment:
Catat Ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.