Harga minyak RON97 naik 15 sen mulai 5 September 2013
Perkara tersebut disahkan oleh presiden Persatuan Pengusaha Petroleum Perak, Lee Chee Seng, ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi.
Kenaikan itu lebih rendah berbanding peningkatan 20 sen untuk harga diesel dan petrol RON95 yang diumumkan kerajaan semalam.
Harga pasaran RON97 pada kebiasaannya ditentukan secara "apungan terurus" yang melibatkan perubahan mengikut faktor pasaran dan tidak melibatkan subsidi kerajaan.
Kerajaan menetapkan subsidi sebanyak 63 sen seliter untuk RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.
Ini merupakan peningkatan harga pertama untuk petrol RON97 selepas harga runcitnya meningkat 20 sen pada Mac lalu.
Harga runcit berkenaan turun 20 sen selepas pilihan raya 5 Mei.
Harga RON97 mencatat paras tertinggi RM3 selitar pada September 2012.
- MALAYSIAKINI