Penerima BR1M dinasihat waspada SMS dan emel palsu


Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengesahkan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang emel atau khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pemohon atau penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
LHDN sehubungan itu menasihatkan semua penerima emel dan SMS palsu tersebut agar menghapuskannya serta tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap apa-apa arahan yang terkandung di dalamnya.

Jelas LHDN, hal itu berbangkit selepas pihaknya menerima pertanyaan daripada para pemohon dan penerima BR1M yang mendakwa dihubungi secara emel atau SMS berkaitan BR1M oleh seorang individu yang menyamar sebagai pegawai LHDN (BR1M).

"Individu menyamar itu menawarkan langganan insurans BR1M (i-BR1M) atau membuat semakan status kelulusan BR1M," kata LHDN.

Bagi mendapatkan keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi LHDN di talian bebas tol 1-800-88-2716 (BR1M) atau melayari https://ebr1m.hasil.gov.my/

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url