PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 (GURU) SECARA ONE-OFF TAHUN 2021
1.Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (Suruhanjaya) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) mempelawa calon-calon yang berkelayakan, berpotensi dan berminat bagi memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 untuk lantikan tetap di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Graduan Pendidikan dan Bakal Graduan Pendidikan (calon-calon) semester akhir pengajian daripada universiti awam, swasta atau luar negara adalah layak memohon jawatan mengikut bidang dan institusi pengajian yang telah tersenarai dalam Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) serta mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Qualification Agency (MQA).
3. Calon-calon yang berminat dan berkelayakan hendaklah meneliti serta memahami syarat-syarat lantikan di SINI sebelum mengemukakan atau mengemas kini permohonan.
4.Senarai opsyen yang ditawarkan adalah seperti yang berikut:
- a) Opsyen bagi Sekolah Menengah, Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Semenanjung, Sarawak, dan Sabah:
BIL. |
OPSYEN |
BIDANG |
1. |
BAHASA CINA |
Klik Di SINI |
2. |
BAHASA IBAN |
Klik Di SINI |
3. |
BAHASA INGGERIS |
Klik Di SINI |
4. |
BAHASA KADAZAN / DUSUN |
Klik Di SINI |
5. |
BAHASA MELAYU |
Klik Di SINI |
6. |
BAHASA SEMAI |
Klik Di SINI |
7. |
BIMBINGAN DAN KAUNSELING |
Klik Di SINI |
8. |
DINI |
Klik Di SINI |
9. |
GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL |
Klik Di SINI |
10. |
MUZIK |
Klik Di SINI |
11. |
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK |
Klik Di SINI |
12. |
PENDIDIKAN ISLAM |
Klik Di SINI |
13. |
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN |
Klik Di SINI |
14. |
PENDIDIKAN KHAS |
Klik Di SINI |
15. |
PENDIDIKAN MORAL |
Klik Di SINI |
16. |
PENDIDIKAN SENI / SENI VISUAL |
Klik Di SINI |
17. |
REKA BENTUK TEKNOLOGI |
Klik Di SINI |
18. |
REKA CIPTA |
Klik Di SINI |
19. |
SEJARAH |
Klik Di SINI |
20. |
TAHFIZ |
Klik Di SINI |
21. |
AGROINDUSTRI TANAMAN |
Klik Di SINI |
22. |
AGROINDUSTRI TERNAKAN POULTRI |
Klik Di SINI |
23. |
AGROINDUSTRI TERNAKAN RUMINAN |
Klik Di SINI |
24. |
AKUAKULTUR |
Klik Di SINI |
25. |
BAKERI DAN PASTRI |
Klik Di SINI |
26. |
BIOTEKNOLOGI |
Klik Di SINI |
27. |
FLORIKULTUR |
Klik Di SINI |
28. |
HORTIKULTUR |
Klik Di SINI |
29. |
INSURANS |
Klik Di SINI |
30. |
KOSMETOLOGI |
Klik Di SINI |
31. |
PEMPROSESAN HASIL PERTANIAN |
Klik Di SINI |
32. |
PENGURUSAN PERUNCITAN |
Klik Di SINI |
33. |
SENI KULINARI |
Klik Di SINI |
34. |
SENI REKA FESYEN |
Klik Di SINI |
35. |
SENIBINA LANDSKAP |
Klik Di SINI |
36. |
TEKNOLOGI AUTOMOTIF |
Klik Di SINI |
37. |
TEKNOLOGI ELEKTRIK |
Klik Di SINI |
38. |
TEKNOLOGI ELEKTRONIK |
Klik Di SINI |
39. |
TEKNOLOGI ENJIN MARIN |
Klik Di SINI |
40. |
TEKNOLOGI KIMPALAN (KIMPALAN & FABRIKASI LOGAM) |
Klik Di SINI |
41. |
TEKNOLOGI MEKANISASI AGRO |
Klik Di SINI |
42. |
TEKNOLOGI PEMBINAAN |
Klik Di SINI |
43. |
TEKNOLOGI PEMBUATAN BOT |
Klik Di SINI |
44. |
TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI |
Klik Di SINI |
45. |
TEKNOLOGI PENYEJUKAN & PENYAMANAN UDARA |
Klik Di SINI |
46. |
TEKNOLOGI SISTEM KOMPUTER & RANGKAIAN |
Klik Di SINI |
NOTA: Bagi permohonan opsyen Bahasa Iban/Bahasa Kadazan Dusun/Bahasa Semai, permohonan juga dibuka kepada calon-calon :
a) memiliki kelulusan bukan dalam bidang tersebut tetapi penutur asli (native speaker) dalam bahasa berkenaan; ataub) memiliki kelulusan bukan dalam bidang bahasa tersebut tetapi mempunyai penguasaan yang baik dalam bahasa berkenaan.
b) Opsyen bagi SJKC di Semenanjung, Sarawak dan Sabah:
BIL. |
OPSYEN |
BIDANG |
1. |
BIMBINGAN DAN KAUNSELING |
Klik Di SINI |
2. |
MATEMATIK |
Klik Di SINI |
3. |
MUZIK |
Klik Di SINI |
4. |
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN |
Klik Di SINI |
5. |
PENDIDIKAN KHAS |
Klik Di SINI |
6. |
PENDIDIKAN MORAL |
Klik Di SINI |
7. |
PENDIDIKAN SENI / SENI VISUAL |
Klik Di SINI |
8. |
REKA BENTUK TEKNOLOGI |
Klik Di SINI |
9. |
SEJARAH |
Klik Di SINI |
NOTA: Hanya calon-calon yang memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM akan ditempatkan di SJKC.
5. Temu duga akan dilaksanakan secara berperingkat dan hanya calon-calon yang melepasi tapisan serta memenuhi syarat sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga. Keputusan panggilan temu duga adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
6. Calon-calon yang berminat dikehendaki memohon, menghantar dan mengemas kini maklumat permohonan melalui mySPP (https://myspp.spp.gov.my/) dan mengemukakan dokumen sebelum 21 Julai 2021 (Rabu) jam 11.59 malam mengikut :
a) Arahan Memuat Naik Dokumen Temu Duga;
b) Panduan Memuat Naik Dokumen Temu Duga; dan
c) Senarai Semak Dokumen Temu Duga.
7. Calon-calon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021 di SINI.
Sumber :
https://www.spp.gov.my/hebahan.html
https://blogadha.blogspot.com/2021/07/pengambilan-khas-guru-gred-dg41-secara.html