PUNB lulus pinjaman bawah RM200,000 dalam 2 minggu

 


Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) akan meluluskan pinjaman bawah RM200,000 dalam tempoh dua minggu, berbanding lebih sebulan yang diambil sebelum ini, kata Pengerusinya, Datuk Ahmad Nazlan Idris.

Katanya, pengurusan PUNB sudah diminta mengubah peraturan berkenaan untuk membantu dan membolehkan usahawan kembali aktif dalam perniagaan ketika ekonomi negara mula berkembang dalam tempoh fasa pemulihan pandemik COVID-19.

Beliau berkata, bagi pinjaman melebihi RM200,000 hingga RM10 juta, pengurusan PUNB perlu mengambil sedikit masa bagi membuat penelitian sebelum diluluskan, tetapi dijamin tidak mengambil masa yang terlalu lama.

Pada masa sama, PUNB bersetuju mengagihkan peruntukan RM200 juta untuk pinjaman kepada usahawan dibahagikan kepada kepada tiga segmen, iaitu RM1 juta ke bawah sebanyak 30 peratus, diikuti RM1 juta hingga 5 juta (40 peratus), manakala RM5 juta hingga RM10 juta ditetapkan 30 peratus.

Syarat serta peraturan ini agak relevan dengan peruntukan disalurkan kerajaan dan PUNB. Seeloknya usahawan yang memenuhi syarat di seluruh negara memohon membuat pinjaman untuk melebarkan perniagaan.

Permohonan boleh dibuat secara online di: https://e-mohon.punb.com.my/login


Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url