"Seperti yang saya sebut sebelum ini, pusingan pertama Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan tamat tahun ini, jadi kita akan semak kembali silibus yang ada," katanya.
Sumber : Berita Harian
Kementerian Pendidikan (KPM) tidak bercadang mengkaji keperluan memansuhkan Sejarah sebagai subjek wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) biarpun jumlah calon gagal mata pelajaran itu atau Bahasa Melayu pada SPM 2021 mencecah 12 peratus.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata apa yang penting adalah untuk kementerian mengkaji faktor yang menyumbang kepada keputusan sedemikian selain mencari pendekatan intervensi yang bersesuaian.
"Ia bagi memastikan anak kita yang lahir daripada sistem pendidikan kita ini dapat menguasai subjek Sejarah supaya pada masa akan datang, jumlah murid gagal dapat dikurangkan dari semasa ke semasa," katanya pada sidang media.
Dalam keputusan SPM 2021 yang diumumkan minggu lalu, seramai 45,514 atau 11.91 peratus calon dilaporkan tidak layak mendapat sijil, sama ada disebabkan tidak lulus mata pelajaran Bahasa Melayu atau Sejarah.
Sementara itu, Radzi berkata, kementeriannya sudah diarahkan untuk melihat dakwaan berkenaan silibus Matematik Tahun Satu yang dikatakan dirangka dengan standard aras tinggi sehingga membebankan guru dan pelajar.
Beliau berkata, ia bagi melihat sama ada subjek berkenaan rumit atau sesuatu yang boleh menjadi kebiasaan.
"Seperti yang saya sebut sebelum ini, pusingan pertama Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan tamat tahun ini, jadi kita akan semak kembali silibus yang ada," katanya.
Sumber : Berita Harian
Blogger Informasi

"Kementerian Kesihatan (KKM) menghubungi keluarga dan memaklumkan bahawa Dr Ainul yang terbabit nahas helikopter berkenaan meninggal ...
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan untuk menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...
PROTON Holdings Bhd (PROTON) memperkenalkan dua varian baharu S70 iaitu Lite dan Prime dengan anggaran harga di bawah RM60,000. Kedua-dua ...
Mahkamah Koroner, hari ini diberitahu bahawa beberapa helaian kertas yang diperiksa berkaitan kes kematian Zara Qairina Mahathir menunjukk...
Penyedia perkhidmatan kewangan, Agrobank bakal menawarkan hadiah berupa motosikal Y16 ZR dan Aveta Nova 200 untuk dimenangi pengunjung set...
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, mengumumkan cuti peristiwa khas pada 1 September ini sempena kejayaan kontinjen Selango...
UPUOnline STPM bagi sesi akademik 2026/2027 bakal menjadi tumpuan lepasan STPM dan setaraf apabila keputusan permohonan kemasukan ke Univ...
Bank Rakyat mengumumkan cadangan pengambilalihan Takaful IKHLAS menerusi perjanjian pelaksanaan yang dimeterai dengan MNRB Holdings Bhd (M...
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2026 membabitkan seramai 12,974 calon di seluruh negara akan diumumkan 20 Og...
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merekodkan taksiran tambahan berjumlah RM4.4 bilion setakat 30 Jun 2026 menerusi pelaksanaan aktiviti au...