Wanita hamil dibunuh kekasih di Sungai Besar

 


Wanita hamil empat bulan yang mayatnya ditemui terbakar dalam belukar kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau, Sungai Besar, Selangor disifatkan tidak banyak bercakap.

Jiran mangsa yang enggan dikenali bukan sahaja terkejut malah seakan-akan tidak percaya dengan tragedi menyayat hati yang menimpa mangsa berusia 21 tahun itu.

Katanya, mangsa yang merupakan anak yatim piatu bekerja sebagai pelayan restoran di Sungai Besar.

"Ibunya meninggal dunia tahun lalu disebabkan masalah kesihatan. Manakala ayahnya meninggal dunia dua tahun lalu, juga disebabkan masalah sama.

"Sebagai jiran, saya sangat mengenali arwah. Bila gambarnya tersebar di laman sosial, kami seolah tidak percaya akan kejadian yang menimpa arwah," katanya 

Mayat mangsa ditemui oleh orang awam di kawasan belukar kebun kelapa sawit, semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, dilaporkan berkata polis menahan suspek yang terbabit dalam kejadian itu di kawasan Sungai Besar.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila suspek lelaki berusia 20 tahun mahu merahsiakan kehamilan selepas melakukan hubungan sulit dengan mangsa.

Sementara itu, jiran mangsa berkata, mangsa dipercayai menyewa di perumahan yang sama lebih 10 tahun lalu.

"Arwah tinggal bersama dua beradiknya di rumah berkenaan.

"Dia hanya keluar untuk bekerja, manakala adik-beradiknya juga sudah bekerja," katanya.

Sumber : Harian Metro

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url