Permohonan DPLI - Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UKM 2023
Permohonan DPLI UKM 2023: Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membuka permohonan kepada pemohon yang ingin melanjutkan pengajian ke universiti tersebut bagi Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) UKM Eksekutif ambilan September 2023.
DPLI merupakan salah satu sijil atau Diploma ikhtisas yang diperlukan bagi guru-guru yang mengajar di semua sekolah di seluruh Malaysia sama ada sekolah kerajaan atau swasta.
Menariknya Program DPLI UKM Eksekutif ini adalah ianya dilaksanakan dalam mod cuti sekolah yang dijalankan pada waktu cuti sekolah melibatkan pengajian selama satu tahun setengah.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2023.
Kelebihan DPLI UKM
Terdapat beberapa kelebihan program ini iaitu:
- Dilaksanakan semasa cuti persekolahan.
- Yuran Pengajian berpatutan.
- Tempoh pengajian adalah selama 1 tahun 6 bulan (18 bulan).
- Pensyarah berpengalaman dan berkelayakan tinggi.
- Mendapat pengiktirafan kelayakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Lokasi Pengajian
Lokasi pengajian ini adalah seperti berikut:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
- Institut Pendidikan Guru Kota Bharu, Kelantan
- Institut Pendidikan Guru Batu Lintang, Kuching, Sarawak
- UCSF Kota Kinabalu, Sabah
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Pemohon mempunyai nilai PNGK Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya 2.5.
- Tiada Ujian MEdSI dan temuduga dijalankan. Temuduga hanya akan dibuat sekiranya PNGK pemohon di bawah 2.5 selain tempoh bekerja juga akan diambil kira.
- Tiada had umur permohonan.
Struktur Bayaran
Struktur bayaran yang dikenakan bagi program ini adalah seperti berikut:
i) Semester 1 (RM6800)
- Bayaran pertama: RM1500 sebelum 25 Februari 2023
- Bayaran kedua: RM1900 sebelum 25 Mac 2023
- Bayaran ketiga: RM1800 sebelum 25 April 2023
- Bayaran keempat: RM1600 sebelum 25 Mei 2023
ii) Semester 2 (RM 5100)
- Bayaran pertama: RM1500 sebelum 25 Ogos 2023
- Bayaran kedua: RM1400 sebelum 25 September 2023
- Bayaran ketiga: RM 1300 sebelum 25 Oktober 2023
- Bayaran keempat: RM 900 sebelum 25 November 2023
iii) Yuran semester 3 (RM 5100)
- Bayaran pertama : RM 1500 sebelum 25 Februari 2024
- Bayaran kedua : RM 1400 sebelum 25 Mac 2024
- Bayaran ketiga : RM 1300 sebelum 25 April 2024
- Bayaran keempat : RM 900 sebelum 25 Mei 2024
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://koperasisiswazah.com/maklumat-program-pspe/.
- Dapatkan borang permohonan dengan mengisi maklumat dalam laman web tersebut.
- Isi borang permohonan dengan lengkap.
- Hantar borang ke alamat emel diplomaukm@gmail.com dan masukkan maklumat di bawah di dalam emel:
– Nama Penuh
– No Kad Pengenalan
– Alamat Emel
– No Telefon (masih aktif) - Pemohon juga boleh menghantar borang permohonan melalui pos ke alamat:
Koperasi Siswazah Bangi Berhad,
Paras 1, Bangunan Pentadbiran,
Kolej Keris Mas,
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600, Bangi, Selangor.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Koperasi Siswazah Bangi Berhad di talian 018-2290929.