Lokasi Sambutan Ambang Merdeka 2023

 


Sambutan Ambang Kemerdekaan tahun ini diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2023 bermula jam 8:00 malam hingga 12:00 tengah malam. Sambutan ini akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Bagi rakyat yang berada di luar kawasan sekitar Kuala Lumpur, sambutan Ambang Kemerdekaan juga diadakan di beberapa negeri berlainan. Kesemua atur cara sambutan di negeri-negeri lain bermula pada waktu yang sama iaitu jam 8 malam hingga 12 tengah malam.


Di Shah Alam, sambutan akan diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam dan akan dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. 


Manakala di Sarawak, sambutan akan berlangsung di Dataran Pehin Setia Raja, Mukah. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah bertanggungjawab untuk sambutan Ambang Kemerdekaan di Sarawak.


Rakyat di Melaka pula boleh berhimpun di Dataran Sejarah Ayer Keroh bagi sama-sama menunggu detik jam 12 malam untuk melaungkan “merdeka!” bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.


Sementara itu di Johor, Dataran IKS, Simpang Renggam, Kluang bakal menghimpunkan warga Johor bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.


Di Terengganu dan Kelantan pula masing-masing akan menyambut sambutan Ambang Kemerdekaan di Dataran Drawbridge Kuala Terengganu dan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.


Pada masa yang sama, rakyat Perlis akan menyambut Ambang Kemerdekaan di Jalan Persiaran Wawasan dan Dataran Kompleks DUN. Manakala di Perak, sambutan diadakan di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru. 


Sumber dari Relevan

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url