Maybank tawar hadiah bernilai lebih RM500,000

 


Maybank menawarkan hadiah bernilai lebih RM500,000 buat mereka yang menebus kredit eMADANI yang diberikan kerajaan menerusi aplikasi MAE.

Di samping itu, penerima kredit eMADANI yang menebus menerusi aplikasi MAE juga layak menerima pulangan tunai tambahan dengan Tap, Track, Win.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan akan menawarkan kredit eMADANI sebanyak RM100 kepada semua dewasa berusia 21 tahun ke atas di negara ini yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

Ia diberikan bagi membantu pengguna yang layak dalam kumpulan B40 dan M40 untuk mengurangkan beban serta menggalakkan mereka untuk menerima pakai pembayaran tanpa tunai.

Rakyat Malaysia yang memenuhi kriteria kelayakan boleh menebus kredit eMADANI menerusi aplikasi MAE sehingga 20 Februari 2024 dan memanfaatkannya untuk pelbagai kegunaan sehingga 29 Februari 2024.

Antara hadiah menarik yang ditawarkan Maybank ialah Proton S70 1.5T Premium, Proton Exora 1.6T Premium, Proton Saga 1.3L Premium S AT dan Honda 2023 RSX V2.

Selain itu, Maybank turut menawarkan komputer riba, Samsung Z Fold 5, televisyen pintar, PlayStation 5 dan wang tunai sehingga RM5,000.

Lebih hebat, pengguna juga layak menerima pulangan tunai tambahan apabila melengkapkan 'tracker' Tap, Track and Win.

Untuk menebus kredit eMADANI menerusi aplikasi MAE, pengguna hanya perlu melakukan beberapa langkah mudah:

Kredit eMADANI yang ditebus menerusi aplikasi MAE boleh digunakan di semua kedai yang mengambil bahagian bagi menyokong peniaga tempatan dalam kategori perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME).

Lebih 700,000 peniaga di seluruh negara menerima pembayaran menggunakan aplikasi MAE seperti 99 Speedmart, MyNEWS, Nasi Kandar Pelita, MYDIN, NINJAZ, AEON, Christy Ng, EcoShop, BATA, AA Pharmacy, Lotus's dan banyak lagi.

Untuk menggunakan kredit eMADANI, pengguna hanya perlu buka pengimbas di aplikasi MAE dan ikut langkah di bawah:


Sementara itu, peniaga juga boleh memanfaatkan peluang ini untuk menggalakkan pelanggan menebus kredit eMADANI dan menggunakannya di kedai mereka.

Lihat lebih banyak kelebihan apabila anda menebus kredit eMADANI menerusi aplikasi MAE dengan melayari laman web Maybank2u.

Untuk maklumat lanjut mengenai penebusan eMADANI menerusi aplikasi MAE, layari laman web Maybank2u.

Tebus kredit eMADANI anda menerusi aplikasi MAE hari ini atau muat turun aplikasi MAE sekarang.

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url