Proton rai pencapaian 5 juta unit pengeluaran

 


Pengeluar kereta nasional, Proton hari ini mengumumkan satu lagi pencapaian dalam sejarah 41 tahunnya dengan pengeluaran melebihi lima juta unit kenderaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Li Chunrong berkata, unit kelima juta yang dikeluarkan Proton adalah X90 Flagship dan ia merupakan simbolik perjalanan pertumbuhan Proton sejak permulaan kerjasamaan dengan Geely.

“Baru-baru ini, kami telah mengumumkan e.MAS sebagai jenama untuk produk EV (kenderaan elektrik) Proton masa hadapan dan hari ini kami telah menetapkan satu lagi pencapaian.

“Masa depan penuh dengan peluang untuk Proton terus menyediakan mobiliti mampan bagi rakyat Malaysia dan pasaran eksport kami,” katanya dalam kenyataan.

Sejak pengenalan Proton X70 pada 12 Disember 2018, lebih daripada 217,000 unit SUV (kenderaan utiliti sukan) siri X syarikat telah dijual kepada pelanggan pasaran tempatan dan eksport setakat ini.

Penjualan Proton Saga pula telah melepasi dua juta unit, membolehkan ia mengekalkan kedudukannya sebagai kereta buatan Malaysia yang paling popular. 

Sumber : KOSMO!

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url