Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA - KKTM dan Institut Kemahiran MARA - IKM Sesi Januari 2012

Posted by MOHD. ADHA MOHD. ZAIN on Tuesday, November 1, 2011


Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA - KKTM dan Institut Kemahiran MARA - IKM bagi Sesi Januari 2012 boleh dibuat di: http://aplikasi.mara.gov.my/webinqikm/

Bahagian Kemahiran dan Teknikal
MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
http://www.mara.gov.my

7,920 dilantik semula sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih - GSTT

Posted by MOHD. ADHA MOHD. ZAIN

Sehingga 18 Ogos lalu, seramai 7,920 telah dilantik semula sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di seluruh negara termasuk Sabah.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, daripada jumlah itu kira-kira 1,258 sedang mengikuti Kursus Dalam Cuti melalui mode KPLI-KDC atau KDPM-KDC manakala 862 lagi tidak melaporkan diri untuk bertugas.

"Semua yang dilantik ini memenuhi syarat asas ditetapkan oleh kementerian iaitu berumur kurang 35 tahun pada 2010, berkhidmat sekurang-kurangnya dua tahun dan memenuhi syarat lantikan Anggota Perkhidmatan Awam," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abd Rahman Dahlan yang ingin mengetahui mengapa masih ada GSTT di Sabah yang belum diambil bekerja secara tetap.

Wee berkata, bagi negeri Sabah, sehingga bulan lalu, seramai 516 orang telah dilantik semula sebagai GSTT manakala selebihnya akan ditawarkan terus untuk mengikuti latihan di Institut Pendidikan Guru (IPG) pada Januari 2012.

"Tawaran untuk mengikuti kursus-kursus di IPG bergantung kepada syarat asas mengikuti latihan perguruan seperti yang telah ditetapkan kerajaan," katanya.

Tambah beliau, kementerian sedang merancang untuk menyediakan kira-kira 7,508 tempat bagi semua GSTT yang telah dilantik bermula Januari 2012 menerusi mod sepenuh masa di bawah KPLI-SR, KPLSPM dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).

- MSTAR

Irfan Bakti mengucapkan 'Selamat tinggal Terengganu' dan bakal diganti dengan Jurulatih Mat Zan Mat Aris

Posted by MOHD. ADHA MOHD. ZAIN


TEKA-TEKI mengenai masa depan jurulatih, Irfan Bakti bersama pasukan Terengganu akhirnya terjawab.

Semalam, pengendali kelahiran Kelantan itu mengesahkan bahawa beliau tidak akan bersama skuad Penyu lagi.

Irfan mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak yang ditawarkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Keputusan mengejut itu dibuat kurang dua hari selepas Terengganu gagal menjuarai Piala Malaysia setelah tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan, Sabtu lalu.

Menurut Irfan yang baru dua musim bersama Terengganu, keputusan yang dibuatnya itu adalah atas persetujuan bersama kedua-dua pihak.

"Selepas berbincang dengan PBSNT, saya membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak dua tahun yang ditawarkan sebelum ini.

"Ia memang sukar tetapi saya terpaksa membuatnya juga kerana saya inginkan cabaran baharu bersama pasukan lain," kata Irfan.

Dalam nada sebak, Irfan turut mengakui, keputusan itu sesuatu yang sukar untuk di- lakukannya selepas melihat kebangkitan yang dipamerkan Terengganu sepanjang musim lalu.

Malah, beliau secara terbuka mendedahkan, pasukan Terengganu merupakan pasu- kan terbaik yang pernah dibimbingnya sejak menjadi jurulatih lebih 20 tahun lalu.

"Daripada penjaga gol sehinggalah kepada barisan penyerang, Terengganu memiliki pakej yang cukup lengkap.

"Saya sayangkan pasukan ini dan saya sayangkan pemain-pemain saya. Mereka telah memberikan kerjasama yang cukup baik sepanjang dua musim saya berada di sini," ujarnya yang mempunyai kontrak sehingga 31 November ini.

Ditanya adakah faktor dalaman mendorong keputusannya untuk menarik diri, Irfan enggan mengulas sebaliknya memberi alasan inginkan cabaran baharu.

"Saya tiada masalah dengan pasukan tetapi saya cuma inginkan cabaran. Saya juga ada hati dan perasaan seperti orang lain, jadi biarkan keputusan ini dihormati," jelasnya.

Dalam pada itu, Irfan yang menggantikan Ken Worden sebagai jurulatih Terengganu pada awal musim 2010, tidak menafikan yang beliau memang ada menerima tawa- ran daripada pasukan lain.

Namun, bekas pengendali skuad Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Telekom Melaka itu masih belum bersedia untuk mendedahkan pasukan yang bakal disertainya pada musim depan.

"Perkara itu masih awal dan biarlah saya selesaikan dulu. Apa yang ingin saya kata- kan ialah saya cuma inginkan cabaran baharu bersama pasukan baharu," jelasnya.

Untuk rekod, Irfan berjaya membawa kegemilangan dalam pasukan Terengganu musim ini apabila membantu skuad Penyu itu muncul juara Piala FA.

Selain itu, beliau turut bertanggungjawab menghadiahkan dua gelaran naib juara buat Terengganu, masing-masing dalam saingan Piala Malaysia dan Liga Super.


Mat Zan kembali bimbing skuad Penyu musim depan

IBARAT sireh pulang ke gagang, bekas jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris sekali lagi bakal kembali membimbing skuad Pantai Timur itu bagi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Perkara itu disahkan sendiri Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh dalam satu sidang media khas di pejabat PBSNT petang semalam.

Pengumuman itu juga dibuat ekoran ke- putusan Irfan Bakti yang meninggalkan Terengganu selepas enggan menyambung kontrak dua tahun yang diberikan persa- tuan.

"Dia (Irfan) ada berjumpa kami pagi tadi (semalam) dan dia membuat keputusan muktamad untuk tidak menyambung kontrak baharu bersama pasukan.

"Keputusan itu memang mengejutkan kerana tawaran kontrak telah diberikan kepadanya sejak dua bulan.

Bagaimanapun, pihak persatuan tetap menghormati keputusannya dan berterima kasih dengan jasa yang telah diberikan, termasuk membawa kegemilangan kepada pasukan Terengganu," kata Che Mat semalam.

Ditanya apakah punca di sebalik keputu- san mengejut itu, Che Mat menjelaskan, Irfan ada memberitahunya mengenai tawaran yang diterima dari Selangor.

"Kami telah bersetuju dengan semua permintaannya tetapi dia kata keputusan itu muktamad. Dia juga kata ada menerima tawaran daripada Selangor," jelasnya.

Justeru kata Che Mat, tempat Irfan dalam pasukan Terengganu bakal diisi be- kas jurulatih, Mat Zan dalam masa terdekat.

Jelasnya, pemilihan Mat Zan dibuat berdasarkan pengalamannya membimbing pasukan Terengganu termasuk membantu pasukan itu menjuarai Piala Malaysia pada edisi 2001.

"Saya juga telah berbincang dengan pemain termasuk kapten pasukan, Marzuki Yusof yang pernah bermain di bawah Mat Zan dan mereka tidak mempunyai masa- lah untuk kembali bekerjasama.

"Dalam sehari dua ini, beliau (Mat Zan) akan datang ke sini (Terengganu) untuk berbincang lanjut mengenai tawaran ini," jelasnya.

Selain Terengganu, Mat Zan, 53, juga pernah membimbing pasukan Kuala Lumpur, Telekom Melaka, KL Plus dan terbaharu, Pos Malaysia.

- KOSMO!

Monsun Timur Laut melanda awal November

Posted by MOHD. ADHA MOHD. ZAIN

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Negara diramalkan mengalami Monsun Timur Laut mulai awal November sehingga awal Mac 2012 yang boleh menyebabkan hujan lebat dan banjir di beberapa negeri.

Menurut Jabatan Meteorologi, dalam tempoh musim ini, negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung, kawasan pantai Sarawak dan pantai timur Sabah akan mengalami hujan lebat yang berterusan selama dua hingga tiga hari akibat luruan monsun.

"Dalam kes cuaca yang ekstrem, episod hujan lebat yang menyeluruh ini boleh bertahan selama tiga hingga lapan hari dan boleh menyebabkan berlakunya banjir.

"Episod hujan lebat biasa berlaku terutamanya di negeri-negeri sebelah Pantai Timur Semenanjung iaitu bermula di negeri Kelantan dan Terengganu pada bulan November dan awal Disember," kata jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah laporan itu lagi, hujan monsun yang lebat secara perlahan-lahan akan beranjak ke selatan, lazimnya kawasan timur negeri Pahang dan Johor akan mengalami hujan lebat pada bulan Disember dan awal Januari.

- UTUSAN

Enam asas rumah tangga bahagia - Ustazah Siti Nor Bahya

Posted by MOHD. ADHA MOHD. ZAIN


STATISTIK menunjukkan di Barat hampir 90 peratus rumah tangga berantakan kerana tidak mengikut acuan yang telah ditetapkan Allah SWT.

Tidak mustahil fenomena tersebut berlaku di negara ini apabila makin ramai yang membina rumah tangga dengan hanya mengikut nafsu dan tidak berlandaskan syariat Islam yang sebenarnya.

Sebenarnya senario semakin membimbangkan ini telahpun dibuktikan dengan jumlah kes perceraian yang dilaporkan meningkat hari demi hari. Malah mengikut purata yang dikeluarkan oleh Jabatan Kefahaman Islam Malaysia (Jakim) seramai 77 pasangan Islam bercerai setiap hari.

Jumlah perceraian yang boleh dikategorikan kritikal ini mendorong penceramah motivasi terkenal Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood dan suaminya, Wan Akashah Wan Abdullah berkongsi asas-asas untuk membina rumah tangga bahagia bersempena ceramah yang dianjurkan oleh Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan.

Asas 1

Menurut Siti Nor Bahyah, setiap pasangan yang berkahwin harus menetapkan matlamat mereka iaitu kebahagiaan di dunia dan akhirat. Hanya iman dan takwa boleh membawa pasangan ke syurga untuk mendapatkan kebahagiaan yang abadi. Uji diri adakah kita telah menjalani tanggung jawab sebagai Muslim. Keluar rumah menuju ke pejabat apakah niatnya?

Bagi isteri, jangan salah guna keizinan bekerja yang suami telah beri. Elakkan makan berdua dengan lelaki bukan muhrim begitu juga dengan lelaki. Masing-masing perlu perkukuh iman dan kepercayaan yang telah diberikan, barulah rumah tangga ada asasnya.

Menurutnya, tip dari nabi SAW untuk menjaga kesetiaan ialah jangan sesekali suami atau isteri mendengar rintihan dari rakan yang berlainan jantina dari mereka.

"Ujian datang dalam bentuk kesenangan dan juga kesusahan, jadi kalau iman kita lemah kita pasti akan kalah, untuk menguatkan iman di pejabat, pastikan kita berjemaah di surau pejabat dan isi masa dengan membaca al-Quran," tambah Wan Akashah pula.

Asas 2

Perlu ada kasih sayang, cinta dan rindu.

"Sedihnya dua elemen ini sering berlaku pada zaman bercinta sahaja. Nabi SAW berpesan, kalau kita sayangkan seseorang mesti ditunjukkan dengan kata-kata dan perbuatan. Jadi jika ada suami yang mengatakan 'abang sayang, cuma tak tunjuk saja' maka itu tidak patut, kerana nabi ajar suruh tunjuk," tambah Siti Nor Bahyah pula.

Sebagai ibu, haruslah memanggil anak dengan penuh kasih sayang dan panggilan yang baik-baik kerana setiap patah perkataan yang keluar dari mulut ibu adalah doa.

"Nabi sendiri pun menunjukkan kasih sayangnya dengan berbaring di atas paha Saidatina Khadijah, jadi mengapa perlu suami sekarang tidak mengikuti perlakuan Rasulullah kalau itu yang menggembirakan hati isteri," ujar Siti Nor Bahyah.

Asas 3

Contohi akhlak Nabi Muhammad SAW, jagalah adab suami isteri serta tingkah laku masing-masing. Setiap dari anggota yang Allah kurniakan seperti mata, mulut dan hidung semuanya perlu dijaga.

Kata Wan Akashah, isteri mesti memastikan suami makan dari masakannya supaya berkat.

"Sebab itu ustaz sendiri pun makan masakan yang ibu dan isteri masak. Dari situ makanan yang dimakan itu diyakini kebersihannya, apa yang dimakan menjadi darah daging untuk membentuk insan yang berakhlak mulia," jelasnya.

Asas 4

Tegas Siti Nor Bahyah, amanah dan tanggung jawab perlu dipikul sehabis baik oleh setiap pasangan. Dalam keadaan ekonomi sekarang, ramai pasangan yang secara tidak sengaja mengabaikan masa bersama pasangan atau anak-anak.

"Anak adalah amanah, sebaiknya kita menjaga anak kita sendiri dan tidak perlu menyerahkan tugas tersebut kepada pembantu rumah atau hantar ke pusat jagaan. Kalau pakai pembantu janganlah pula kita membiarkan pembantu mengambil peranan kita sebagai isteri," tambahnya.

Asas 5

Setiap suami atau isteri mesti pastikan rezeki yang mereka perolehi adalah halal dan diberkati.

"Biar sedikit tapi mencukupi. Keberkatan itu amat penting. Apabila kita bersembahyang kita pasti akan mendapat ketenangannya. Begitu juga dengan kewajipan berzakat yang apabila kita tunaikan pasti kita akan tenang kerana mengikut suruhan Allah," ujar Siti Nor Bahyah.

Asas 6

Pesanan yang paling penting ialah berbuat baiklah kepada ibu dan bapa. "Apabila kita sebagai anak berbuat baik kepada ibu bapa kita, Insya-Allah anak-anak kita akan baik kepada kita dan rumah tangga kita pasti bahagia," ujarnya.

- UTUSAN

Dell melancarkan komputer riba ternipis 15 inci XPS 15z

Posted by MOHD. ADHA MOHD. ZAIN


Dell melancarkan komputer riba ternipis 15 inci XPS 15z yang merupakan produk dengan kuasa paling ultra keluaran jenama itu tahun ini.

Dengan XPS 15z ia memenuhi keperluan setiap golongan yang bergantung kepada peranti mudah alih daripada pelajar dan pemilik perusahaan kecil dan sederhana. Kini mereka mempunyai segala yang diperlukan untuk bekerja dan bermain dalam satu pakej menakjubkan.

Kombinasi kuasa terkini tanpa kompromi dan rekaan yang menakjubkan, XPS 15z menawarkan Intel Core i5 generasi kedua dan pemprosesan Core i7, pilihan paparan 15.6 inci HD sepenuhnya (1080p) bagi hiburan hebat dan pengalaman perayauan laman web, papan kekunci lampu belakang dengan lampu boleh ubah dan hayat bateri sehingga lapan jam. Semuanya di dalam bekas menarik dan nipis.

XPS 15z merupakan yang pertama dalam sirinya Inspiron nipis dan jenama produk XPS yang memberikan gabungan gaya dan keupayaan bagi menyerlahkan peribadi pengguna.

Pengurus Besar Pelanggan Perniagaan Kecil, Jualan Dell Malaysia, John Chang berkata, XPS 15z memberikan keupayaan yang tinggi dalam komputer riba dengan reka bentuk paling bergaya.

"Ia mempunyai segalanya bermula dengan pemprosesan generasi baru Intel Core i sehinggalah kepada pilihan skrin HD penuh 50 peratus lebih jelas berbanding paparan standard yang menjadikannya ternipis.

"XPS 15z memberikan sistem berkuasa yang bakal memikat pengguna di kalangan usahawan kecil dan sederhana," katanya.

XPS 15z merupakan satu pakej lengkap yang melibatkan persembahan media bagi pejabat atau menonton filem.

Ini semua boleh dilakukan dengan adanya pemprosesan Intel Core i5 atau i7, paparan jelas Intel Core i5 dengan pilihan Full HD dua kali lebih tinggi berbanding paparan HD standard resolusi HD, keupayaan 3DTV grafik NVIDIA, WiFi bina dalam, Bluetooth 3.0, USB 3.0 dan papan kekunci dengan lampu belakang.

Selain nipis, XPS 15z amat berkuasa dengan grafik NVIDIA dengan teknologi Optimus yang secara automatik menjimatkan tenaga dan membantu memanjangkan kuasa bateri yang amat sesuai bagi menonton filem secara berterusan.

Ia juga menawarkan penyimpanan pemacu keras yang lebih besar dan pemacu DVD+/- RW bagi menonton filem terkini atau menyalin muzik ke cakera padat.

Manakala paparan Full HD (1080p) pilihan membawa kualiti HDTV ke skrin komputer peribadi.

Ciri tanpa wayar termaju menjadikan XPS 15z peralatan yang amat sesuai sama ada di ruang tamu atau dalam perjalanan.

Bluetooth bina dalam dan sambungan WiFi memastikannya cepat dan mudah dihubungkan dengan e-mel, laman web, Skype dan Facebook dari mana saja.

Bagi hiburan di rumah, pilihan Intel Display Wireless membolehkan video dan gambar diselaraskan tanpa wayar daripada XPS 15z kepada televisyen yang dilengkapi dengan HDMI.

Dan dengan antara muka pengguna Dell Stage eksklusif, ia mudah untuk mengakses kandungan peribadi seperti muzik, foto dan video.

Pada pandangan pertama, rekaan XPS 15z dengan reka bentuk aluminium kelihatan terapung di atas permukaan dan kemasan yang berkilat memberikan sentuhan kemewahan.

Harganya bermula dengan RM3,799, XPS 15z sama seperti semua komputer XPS direka dan dibina bagi memberikan teknologi, pengkomputeran premium dengan bahan terbaik yang ditawarkan oleh Dell.

- UTUSAN

Pembacaan, penulisan cara terbaik kuasai Bahasa Inggeris

Posted by MOHD. ADHA MOHD. ZAIN

Oleh Datuk Manja Ismail

SATU daripada faktor utama kerajaan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 2009 ialah hasil beberapa kajian mendapati dasar yang bertujuan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar itu, memberi kesan sebaliknya dari segi pencapaian dalam dua subjek berkenaan.

Justeru, kerajaan memansuhkan PPSMI secara berperingkat atau ‘soft landing’ untuk digantikan dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI) mulai tahun depan. Dalam proses peralihan itu, Matematik dan Sains diajar dalam dwibahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Cina atau Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris di sekolah rendah serta dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di sekolah menengah, sejak tahun lalu.

Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam dwibahasa bagi Tahun Empat akan dilaksana pada 2012, 2013 dan 2014; Tahun Lima pada 2013, 2014 dan 2015 dan Tahun Enam (2014, 2015 dan 2016). Peperiksaan Sains dan Matematik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2016, manakala bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dua subjek itu diuji dalam dwibahasa sehingga 2015.

Memang sejak PPSMI dilaksanakan pada 2003 lagi, ia mendapat bantahan ramai ibu bapa, guru dan pelbagai pertubuhan bahasa dan budaya Melayu, antaranya Gabungan Penulis Nasional, Persatuan Linguistik Malaysia, Persatuan Penterjemah Malaysia, Persatuan Sejarah Malaysia serta Dewan Bahasa dan Pustaka. Malah, Muktamar PAS ke-55 pada 2009 meluluskan usul supaya kerajaan memansuhkan segera PPSMI.

Beberapa kajian dilakukan termasuk Kementerian Pelajaran sendiri, mengesahkan kebimbangan mereka yang membantah PPSMI. Ternyata dasar itu bukan saja gagal meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, tetapi menjadi faktor kemerosotan pencapaian pelajar dalam Sains dan Matematik terutama di kalangan majoriti pelajar luar bandar.

Trends in International Mathematics and Science Study 2007, kajian bebas antarabangsa di 59 negara mendapati tahap pencapaian pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains merosot dengan ketara. Skor Matematik 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan 34 mata, manakala skor Sains merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003. Berikutan itu, tahap pendidikan Malaysia menjunam ke ranking ke-20 berbanding 10 sebelum ini bagi bidang Matematik dan ranking ke-21 berbanding 20 dalam Sains.

Satu kajian lain pula mendapati hanya 8 peratus guru yakin untuk mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, manakala kebanyakan sekolah menghadapi masalah kekurangan guru yang fasih bahasa Inggeris untuk mengajar dua subjek itu. Hanya 58 peratus masa yang diperuntukkan untuk PPSMI digunakan oleh guru dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, selebihnya guru terpaksa menggunakan bahasa Melayu kerana kesukaran pelajar memahami bahasa Inggeris.

Kita timbulkan semula isu kegagalan PPSMI ini kerana walaupun pemansuhannya sudah diumumkan dua tahun lalu dan diterima baik oleh majoriti ibu bapa, masih ada pihak bukan saja mahu memperjuangkan semula PPSMI, malah cuba menggagalkan MBMMBI.

Kesannya, seperti kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin, sistem pendidikan negara akan menjadi kucar-kacir sekiranya kerajaan memberi kebebasan kepada ibu bapa memilih bahasa pengantar untuk anak mereka mempelajari Sains dan Matematik di sekolah.

Tiada siapa menafikan kepentingan menguasai bahasa Inggeris untuk membolehkan kita bersaing sama ada dalam negara atau pada peringkat antarabangsa.

Bagaimanapun, kemahiran dalam sains dan matematik juga tidak kurang pentingnya bagi generasi muda untuk masa depan mereka. Pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu dalam bahasa Inggeris terbukti tidak membantu pencapaian mereka, bukan saja pencapaian pelajar Melayu luar bandar, malah pelajar Cina dan India juga.

Sementara kita menghormati pandangan pihak yang mahu supaya anak mereka diberi pilihan menggunakan bahasa Inggeris, mereka juga harus menghormati hasrat majoriti ibu bapa yang anak mereka tidak mempunyai pilihan lain kecuali menggunakan bahasa ibunda kerana taraf hidup dan latar belakang berbeza.

Lagipun, kebolehan generasi sebelum ini menguasai bahasa Inggeris bukan kerana belajar sains dan matematik dalam bahasa itu, tetapi melalui subjek lain yang memerlukan banyak pembacaan dan penulisan seperti sejarah, sastera dan aktiviti kebudayaan drama dan perbahasan.

- BERITA HARIAN

Kisah Nabi Ismail - Balasan baik tuntut pengorbanan

Posted by MOHD. ADHA MOHD. ZAIN

Oleh Ashraf Muslim

KESEDIAAN Nabi Ismail merelakan dirinya disembelih bapa tersayang, Nabi Ibrahim, kerana memenuhi suruhan Allah menimbulkan persoalan sejauh mana kita bersedia mengorbankan sesuatu yang kita sayang, tambahan dalam dunia material kini.

Namun, fakta sejarah yang terus diingatkan setiap kali menjelang Aidiladha itu sebenarnya memberi seribu satu makna kepada sesiapa berdepan situasi terpaksa melepaskan apa yang disukai biar dengan apa niat atau matlamatnya.

Apa yang jelas, jika pengorbanan itu dilakukan secara ikhlas, dengan izin Allah, ganjaran menanti lebih baik dan selalunya kita tidak menyangka habuan diterima kerana nikmatnya memang tidak terduga.

Seperti Nabi Ismail sendiri, kerana reda dengan ketentuan ditetapkan Allah, akhirnya baginda ditukarkan dengan seekor qibas tetapi semangat korban ditunjukkan terus menjadi ikutan hingga ke hari ini di mana ramai antara kita rela berkorban apa saja kerana agama, bangsa serta negara.

Begitu juga dengan perjalanan haji jutaan umat Islam seluruh dunia yang kini berkumpul di Tanah Suci meninggalkan negara, ahli keluarga serta kerjaya demi mendekatkan diri kepada Allah dan mencari keredaan-Nya. Apa saja dilakukan semata-mata memastikan jemputan menjadi tetamu Allah tidak sia-sia. Semoga mereka mendapat haji mabrur.

Bagaimanapun, apa yang mendukacitakan, persepsi pengorbanan tidak dikembangkan sebaiknya. Sesiapa saja boleh mendermakan wang tetapi tidak ramai bersedia mengorbankan masa, tenaga apatah lagi bersedekah senyuman walaupun itulah sedekah paling mudah dilakukan.

Jika kita bersedia mengorbankan masa, pasti tidak banyak laporan mendedahkan kepincangan masyarakat di dada media massa. Anak membiarkan ibu bapa keseorangan. Kesibukan memenuhi perkara lain menyebabkan kita lupa mengorbankan sedikit masa menjenguk ibu bapa.

Berapa ramai bersedia mengorbankan tenaga mengikuti aktiviti kejiranan, kerja amal serta kemasyarakatan seperti bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan atau membantu jiran mengadakan kenduri kendara. Semua ini nampak mudah tetapi sebenarnya sukar dilakukan.

Kita hanya akan tersenyum kepada orang yang kita suka dan kenal, sedangkan tidak rugi memberikan senyuman kepada semua makhluk Allah di dunia ini. Selalunya mereka yang murah senyuman mempunyai ramai kawan kerana sikapnya disenangi. Ramai kawan adalah ganjaran daripada sikap suka tersenyum. Nampak tidak penting tetapi kawan boleh menjadi penyebab kepada hidup yang gembira.

Sebenarnya hidup akan lebih mudah jika kita melihat sesuatu secara positif.
Jangan terlalu mengharapkan orang melakukan sesuatu untuk kita kerana tidak salah, malah lebih baik jika kita yang memulakan perkara memberi kebaikan bukan saja pada diri sendiri juga orang lain.

Saya sendiri melalui pengalaman menakjubkan. Hakikatnya, bukan sebesar mana pengorbanan yang dilakukan tetapi Alhamdulillah, balasan diterima mengingatkan saya supaya tidak jemu untuk memberi. Bukan bermakna semua dilakukan mengharapkan ganjaran tetapi Allah Maha Pemurah kepada hamba-Nya.

Masa diluangkan membantu masyarakat diberi kelebihan pada perkara lain.
Syaratnya kita perlu yakin setiap perkara baik akan dibalas baik dan yang penting ia dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah.

Balasan diterima tidak semestinya ketika hayat kerana mungkin ganjaran menanti di akhirat atau yang mendapat manfaat adalah anak cucu kita nanti.

Sempena Aidiladha yang bakal dirayakan Ahad ini, marilah bersama kita hulurkan tangan membantu golongan memerlukan mengikut kemampuan kita. Bagi yang ada rezeki lebih boleh menyembelih haiwan ternakan untuk disedekahkan, bagi yang tidak berkemampuan pula boleh berganding bahu membantu melapah daging untuk diagihkan.

Kita semua boleh memainkan peranan masing-masing mengikut kadar kemampuan. Semoga pengorbanan tulus ikhlas itu diterima Allah. Selamat meraikan Hari Raya Korban.

(Ayat merawat demam atau selesema (menguatkan antibodi lemah), bacalah Surah Al-Anfal, ayat 36-50 dan Surah An-Nahl, ayat 51-64. Amalkan tiga kali sehari atau lebih dan berdoa kepada Allah semoga diberi penyembuhan).

- BERITA HARIAN

Hidup sedentari tanpa bersenam melemahkan tulang

Posted by MOHD. ADHA MOHD. ZAIN

MENGEKALKAN kesihatan yang baik pasti menjadi keinginan setiap individu dan ia sangat penting dalam kehidupan seharian.

Namun, kebanyakan daripada kita kurang mengendahkan aspek itu menyebabkan ramai yang mudah mendapat penyakit.

Biarpun sibuk di pejabat tetapi kesibukan kita sebenarnya hanya menghadap komputer tanpa perlu melibatkan aktiviti fizikal.

Malah di rumah pula, ramai yang suka menghabiskan masa dengan menonton televisyen dan menghadap komputer.

Tahukah kita gaya hidup tidak aktif atau dalam bahasa perubatan dikenali sebagai sedentari sebenarnya membahayakan diri dan kesihatan.

Tetapi ia kini merupakan gaya hidup yang semakin menjadi fenomena global.

Kebergantungan kepada mesin dan sistem yang automatik dalam kehidupan harian mengurangkan keperluan untuk kita melakukan aktiviti fizikal dan juga senaman.

Teknologi moden abad ke-21 membolehkan kita melakukan hampir segala-galanya dengan hanya menekan butang.

Meskipun ia menyenangkan hidup kita semua tetapi hakikatnya ia mampu membawa kesan yang tidak sihat.

Gaya hidup sedentari itu bukan sahaja mengganggu kesihatan diri dengan penyakit-penyakit merbahaya tetapi juga boleh menyumbang kepada masalah lemah tulang.

Perkara ini diakui oleh Pakar Perunding dan Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Hospital Gleneagles, Dr. Chin Chee Howe.

"Tulang kita adalah tisu hidup, sungguhpun nampak keras, tulang sentiasa melalui proses penguraian dan pembinaan semula.

"Gaya hidup sedentari tidak membantu kesihatan tulang, kita perlu mengambil langkah untuk melindungi tulang sejak muda sebaik-baiknya sebelum jisim tulang mencapai puncaknya,'' katanya ketika ditemui sempena bengkel media Fonterra-Anlene mengenai kesihatan tulang, baru-baru ini.

Tegas beliau, kekurangan jisim yang berterusan boleh mengakibatkan osteoporosis, satu proses yang tidak boleh dikembalikan.

"Osteoporosis, penyakit yang menyebabkan tulang rapuh dan retak bukan lagi masalah yang dihadapi golongan tua semata-mata," ujarnya.

Katanya lagi, satu-satu cara untuk melindungi tulang ialah dengan mengamalkan diet yang seimbang dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

"Tidak kira tua ataupun muda, kita perlu bersenam secara sederhana, mengamalkan tabiat makan yang sihat dan memastikan kita memenuhi keperluan kalsium harian kita,'' ujarnya lagi.

Tegasnya, keadaan ini penting untuk membina dan mengekalkan jisim tulang dan membolehkan kita meregang dan menggunakan potensi tulang kita dengan sepenuhnya.

Katanya, dengan hanya melakukan aktiviti fizikal, kita dapat mencergaskan badan dan mencerdaskan mental kita.

Selain aktiviti fizikal, pengambilan kalsium yang mencukupi setiap hari juga adalah penting.

"Perkara ini penting bagi memastikan tulang kita sentiasa kuat dan mengelakkan daripada ia reput,'' ujarnya lagi.

Sementara itu, Pengurus Insight Fontera Brands Malaysia, Sheua Yea pula memberitahu, ramai yang menyangka osteoporosis hanya akan berlaku kepada warga emas sahaja.

Malah ramai juga percaya bahawa penyakit yang berkaitan tulang tidak membawa maut. Bagaimanapun, ramai yang tidak sedar bahawa penyakit tersebut juga boleh menyerang golongan muda dan membawa maut sekiranya tidak ditangani secara awal

Hasil kajian penyelidikan yang dijalankan baru-baru ini menunjukkan wanita dalam usia pertengahan hingga lewat 60-an yang mengalami masalah pinggul adalah lima kali ganda lebih berkemungkinan mati dalam masa setahun.

Tambah Yea lagi, ramai wanita menganggap kemerosotan tulang hanya berlaku di usia yang lanjut, hakikatnya ia juga boleh berlaku kepada golongan muda sekiranya tidak mendapat bekalan kalsium yang secukupnya.

"Sebab itu, ramai yang tidak mengambil perhatian sehinggalah mereka sendiri merasai kesakitan tersebut, lebih malang keadaan itu adalah kritikal,'' ujarnya.

Sambil menasihati golongan muda supaya mengamalkan meminum susu setiap hari, amalan gaya sihat juga perlu diterapkan dalam kehidupan seharian.

"Senaman bukan saja membina tulang kuat, ia juga memperbaiki imbangan dan kordinasi kita. Kita perlu memastikan tulang mempunyai bahan mentah yang diperlukannya secukupnya. Malah, cara yang paling baik untuk melindungi tulang kita adalah dengan menjaganya dari usia muda dan sepanjang hayat," ujarnya.

- UTUSAN

Rahsia Firaun bina piramid

Posted by MOHD. ADHA MOHD. ZAIN

Oleh IBRAHIM ABDULLAH

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Dan berkatalah Firaun: "Wahai kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah wahai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi agar aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa dia (Musa) orang-orang pendusta". (al-Qasas: 38).

Daripada penjelasan ayat al-Quran di atas jelaslah bahawa selama ini manusia menjadi hairan dan kagum bagaimanakah bangunan-bangunan yang dibina oleh Firaun iaitu piramid dapat berdiri megah dan perkasa di bumi Mesir pada zaman pemerintahannya hingga kini.

Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid itu?

Akhbar American Times edisi 1 Disember 2006 menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid.

Menurut kajian, disebutkan bahawa batu-batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Para saintis mengatakan, Firaun mahir dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat daripada kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Prof. Gilles Hug dan Dr. Michael Barsoum menegaskan, piramid yang paling besar di Giza, dibuat daripada dua jenis batuan yang terdiri daripada batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil olahan tanah liat.

Baru-baru ini majalah Journal of American Ceramic Society memaparkan artikel kajian mengenai bagaimanakah Firaun membina piramid di Mesir yang mengkagumkan itu sebagai peninggalan sejarah tamadun dunia.

Kajian itu menegaskan, Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Justeru itu tidak mungkin bagi seseorang mengangkat batu besar dan berat ribuan kilogram.

Seterusnya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi atau batu alam.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat.

Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki itu dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.

Sehubungan itu, Prof. Davidovits telah mengambil contoh batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut.

Hasilnya, beliau menegaskan batu itu diperbuat daripada lumpur. Selama ini tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu membezakan antara batu alam semula jadi dengan batu buatan manusia.

Penemuan oleh Davidovits itu adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira 20 tahun. Sebelum kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, 'Piramid Matahari' dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat daripada tanah liat.

Ini memperkuatkan lagi keyakinan bahawa kaedah itu tersebar luas di masa yang lalu.

Sebelum ini, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan daripada pembuatan batu besar yang tersergam di puncak-puncak piramid.

Beliau berkata: "Setelah bertahun-tahun melakukan kajian dan penyelidikan, sekarang baru saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat."

Bukti-bukti kajian menunjukkan kepada kita bahawa bangunan-bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman silam, juga dibina daripada tanah liat.

Pembongkaran misteri piramid tersebut adalah hasil mukjizat al-Quran yang telah berbicara sejak ribuan tahun dahulu sebelum para saintis dan ilmuwan dunia menemukan rahsia tersebut.

Hairan dan ajaib, sejak 1,400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad SAW dan beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun di Mesir, memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang megah dan tersohor itu yang dikenali sebagai piramid dengan menggunakan tanah liat.

Jika ditinjau kejadian Nabi Adam a.s sebagai bapa manusia dan menjadi khalifah di bumi, baginda juga berasal dari penciptaan tanah liat yang ditiupkan roh oleh Allah SWT dan wujudlah sebagai manusia yang pertama di permukaan bumi.

Berdasarkan ayat al-Quran di atas, jelas membuktikan Nabi Muhammad SAW tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan hidayah dan petunjuk dari Allah SWT yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya di Laut Merah bersama tenteranya.

Selain itu, Allah juga menyelamatkan Nabi Musa a.s daripada kekejaman Firaun menuju tanah dan bumi Palestin yang diperjuangkan sampai sekarang dan seterusnya hari kemudian. Walahu 'alam.

- UTUSAN

Kereta api rempuh lori tangki di Sabah

Posted by MOHD. ADHA MOHD. ZAIN


KOTA KINABALU 31 Okt. – Hampir 200 penumpang kereta api yang dalam perjalanan dari sini ke Papar terselamat apabila kenderaan itu merempuh sebuah lori tangki minyak mengakibatkan berlaku kebakaran dan letupan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini petang ini.

Kejadian pukul 5.30 petang itu menyebabkan kesesakan trafik yang teruk apabila jalan hadapan KKIA menghala Putatan terpaksa ditutup pada pukul 6 petang kerana api yang marak.

Difahamkan lori tangki membawa muatan 27,000 liter petrol itu terbakar serta-merta selepas dirempuh, seterusnya berlaku letupan kuat dan asap hitam tebal menjulang setinggi 30 meter.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan daripada kejadian malang tersebut dan hanya sembilan orang penumpang dilaporkan cedera.

Beliau berkata, pemandu lori tangki minyak dan pemandu keretapi juga tidak mengalami sebarang kecederaan serius kerana sempat menyelamatkan diri.

“Lori tangki itu dilaporkan cuba melintas laluan keretapi yang terletak berhampiran jalan besar dekat KKIA bagi menghantar minyak ke sebuah stesen terletak berhampiran dengan laluan keretapi tersebut.

“Namun ia dipercayai tidak sempat melintas dan menyebabkan dirempuh keretapi yang menuju ke Papar,” katanya pada sidang akhbar di sini, malam ini.

Menurut pemandu lori tangki itu yang ingin dikenali sebagai Pouleh Dansun, sebelum kejadian, dia terdengar hon kuat tetapi menyangka ia dibunyikan oleh kenderaan di belakangnya.

“Namun setelah ditoleh ke kiri sebuah kereta api menuju ke arah saya. Saya cuba memecut lori itu untuk melintas laluan keretapi tersebut tetapi gagal.

“Kereta api itu lalu merempuh bahagian belakang lori dan menyebabkan ia terbakar dan meletup,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut saksi, penumpang-penumpang dalam kereta api itu berjaya menyelamatkan diri selepas pelanggaran berlaku dengan melarikan diri ke bahagian belakang keretapi.

Mangsa-mangsa yang cedera segera dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Nordin Fauzi berkata, lima kereta bomba dari balai bomba Kota Kinabalu, Penampang dan Lintas dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

Katanya, mereka juga dibantu dengan sebuah kereta tangki air dan dua kereta bomba dari Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat lapangan terbang itu.

- UTUSAN

Evolusi cukur jambul dalam adat Melayu

Posted by MOHD. ADHA MOHD. ZAIN


TERATAK tiga tingkat milik ibu kepada tiga cahaya mata, Aliza Abu Bakar, 38, pada malam itu riuh rendah dan sesak dengan tetamu yang tidak putus-putus hadir bagi meraikan kehadiran ahli keluarga baharu Aliza.

Beberapa khemah didirikan di pekarangan rumah memuatkan deretan juadah makanan bagi menjamu tetamu yang hadir memeriahkan majlis cukur jambul dan akikah putera ketiga Aliza, Ajwad yang selamat dilahirkan pertengahan Ogos lalu.

Orang luar yang sekadar lalu lalang di situ pasti akan menyangka majlis tersebut merupakan majlis pertunangan kerana dekorasi dan persediaan bagi menyambut kelahiran Ajwad dilaksanakan penuh meriah.

"Alhamdulillah, ini merupakan rezeki Allah buat saya sekeluarga, sebelum ini saya tidak pernah membuat majlis sebegini untuk anak-anak terdahulu, jadi oleh kerana pertama kali mengadakan majlis cukur jambul, saya mahukan ia istimewa," tutur usahawan wanita itu ketika ditemui di majlis tersebut di Taman Melawati, Ulu Kelang, Selangor.

Seperti majlis cukur jambul lain, majlis buat Ajwad turut merangkumi marhaban, selawat ke atas nabi dan doa kesyukuran. Namun, istimewanya ia turut diselitkan dengan bacaan berzanji oleh beberapa orang tokoh agama tempatan.

Sambil tetamu meneruskan selawat, Ajwad didukung mengelilingi tetamu yang ada bagi memberi peluang buat mereka menggunting beberapa helai rambut bayi itu sebelum amalan tahnik (belah mulut) di mana sedikit madu diletakkan di lelangit Ajwad.

Kesemua upacara itu kelihatan klise dan bukan lagi asing dalam konteks budaya Melayu melibatkan cukur jambul, namun jelaskah kita akan makna serta tujuan perkara-perkara itu diadakan?

Mengikut kefahaman Aliza, majlis cukur jambul bertujuan menzahirkan kesyukuran kepada Allah atas cahaya mata yang dikurniakan dan pada masa yang sama berkongsi rasa gembira itu bersama-sama orang ramai.

"Ia sebenarnya terpulang kepada individu, tetapi bagi saya apa sahaja tujuannya, ia mestilah dilaksanakan dengan hati ikhlas kerana anak merupakan anugerah Tuhan.

"Akikah contohnya, ada orang mendermakan daging tersebut kepada fakir miskin dan ada juga yang menjamu tetamu yang hadir ke majlis akikah tersebut, jadi ia sebenarnya tidak banyak beza," jelas Aliza.

Tradisi biasa Melayu

Pelakon dan juga ibu kepada seorang anak, Sari Yanti Mohamad Nazari, 27, juga berkongsi pandangannya terhadap majlis cukur jambul berdasarkan pengalamannya menjalankan majlis sebegitu Oktober tahun lalu.

Walaupun kini dia sedang sarat mengandung anak kedua, majlis buat putera sulungnya, Barr Al Aliy, 1, yang diadakan di Restoran Tajine, Kuala Lumpur masih segar dalam ingatan.

Sama seperti Aliza, Sari turut mengisi majlis cukur jambul tersebut dengan marhaban serta bacaan berzanji, cuma dia turut mendapatkan khidmat pemain gendang bagi menyesuaikan tema Arab buat majlis tersebut.

"Pada saya, cukur jambul merupakan tradisi biasa orang Melayu dan bertujuan memperkenalkan anak yang baru lahir kepada keluarga dan saudara-mara.

"Selain itu, ia juga merupakan pendekatan kita untuk memanjatkan rasa syukur dan terima kasih kepada Allah kerana anugerah yang diberikan," ujar Sari.

Bagi upacara akikah pula, Sari hanya mengupah orang bagi melaksanakannya dengan menyedekahkan sembelihan dua ekor kambing itu kepada golongan yang memerlukan.

Namun, di sebalik kefahaman itu semua, wujud pengetahuan tentang cukur jambul dan akikah yang perlu diketahui semua orang terutama masyarakat Melayu yang beragama Islam.

Jangan terkejut jika dikatakan rata-rata orang hanya menyifatkan cukur jambul sebagai adat Melayu yang dicipta sendiri penduduk nusantara dan tidak dipraktikkan Rasulullah SAW.

Seorang pendakwah, Muhamad Riduan Zainal Abidin, 29, mendedahkan bahawa upacara cukur jambul sebenarnya telah diriwayatkan dalam hadis riwayat Muslim. Rasulullah sendiri menyarankan agar bayi yang baru dilahirkan dicukur kepalanya.

Memandangkan nabi sendiri menggalakkan perkara itu, maka secara tidak langsung ia terletak sebagai sunnah yang wajar diikuti. Bagaimanapun, berdasarkan hadis tersebut, bayi tersebut perlu dicukur kepalanya pada hari ketujuh selepas kelahiran.

Cukur kepala

"Dahulu, cukur jambul dipanggil cukur kepala kerana bayi tersebut perlu dicukur habis rambutnya.

"Namun, kini masyarakat akan menggunting sedikit sahaja sebelum ibu bapa bayi tersebut mencukur habis rambut anaknya pada kemudian hari.

"Menurut hadis, rambut bayi yang dicukur itu perlu ditimbang dan berat rambut tersebut perlu dinisbahkan dengan emas dan nilai tersebut kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin," terang Riduan.

Setelah jelas bahawa cukur jambul merupakan sunah nabi, timbul pula persoalan apakah rasional di sebalik upacara tersebut, apakah hikmah yang diperoleh individu yang melaksanakannya?

Tambah Riduan, cukur jambul sebenarnya bertujuan membuang rambut bayi yang baharu lahir itu kerana mengandungi kotoran yang tidak sihat bagi tumbesaran bayi.

"Selama sembilan bulan bayi tersebut berada di dalam perut ibunya, tempoh tersebut sudah tentu membuatkan rambut bayi tersebut bercampur dengan pelbagai bahan asing.

"Menerusi cukur jambul, ia dapat membersihkan kekotoran tersebut dan hikmahnya sudah tentulah memperoleh keberkatan dan bayi tersebut membesar dengan sihat," tutur Riduan yang turut mengatakan bahawa cukur jambul dahulu hanya dilaksanakan ibu bapa bayi tersebut sahaja tanpa sebarang majlis.

Menyentuh konsep cukur jambul hari ini, Riduan menyatakan tiada salahnya majlis besar-besaran diadakan asalkan perkara asas serta niat melakukannya betul.

Kekeliruan yang timbul berhubung status cukur jambul hingga ada yang menyatakan ia sekadar budaya. Akui Riduan, ia mungkin disebabkan beberapa pengisian upacara dalam majlis cukur jambul hari ini lebih kepada adat Melayu.

"Pada asalnya, cukur jambul tidak memerlukan marhaban dan bacaan berzanji, tetapi ia diadakan di negara kita untuk memeriahkan majlis.

"Ia tidak salah tetapi jangan menganggapnya sebagai perkara bidaah hanya kerana ia tidak dilakukan nabi kerana sebenarnya budaya dan sunnah itu telah bergabung membentuk ibadah," jelasnya lagi.

Keberkatan akikah

Akikah pula yang sememangnya diketahui umum merupakan sunat muakad yang bertujuan mendapatkan keberkatan hidup daripada Allah juga sering kali dilakukan serentak bersama majlis cukur jambul.

Ia juga dituntut nabi agar dibuat pada hari ketujuh selepas kelahiran bayi, kata Riduan. Daging akikah tersebut akan dinisbahkan seperti mas kahwin dan seperti biasa ia perlu disedekahkan kepada fakir miskin.

Dua ekor kambing afdal bagi bayi lelaki dan seekor kambing bagi bayi perempuan perlu disembelih mengikut hukum Islam bagi upacara akikah. Bagaimanapun terdapat pendapat mengatakan bahawa daging akikah itu tidak boleh dimakan ahli keluarga bayi tersebut.

"Ada orang ingat makan daging akikah keluarga sendiri haram sedangkan tiada hukum yang menyatakan tentang perkara itu.

"Tiada salahnya untuk ahli keluarga atau pun individu yang melakukan akikah itu sendiri untuk menjamah daging tersebut tetapi sewajarnya ia diagihkan kepada orang ramai," ujar Riduan.

- KOSMO!

Mahkamah Rayuan Putus Seksyen 15(5)(A) Akta AUKU 1971 Tidak Sah

Posted by MOHD. ADHA MOHD. ZAIN

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Isnin mengisytiharkan Seksyen 15 (5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang melarang mahasiswa menyatakan sokongan atau bangkangan dalam aktiviti politik sebagai tidak sah di sisi undang-undang.

Dalam keputusan majoriti 2-1, panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Wra Low Hop Bing memutuskan seksyen tersebut dalam AUKU itu tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara.

Hakim Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus dan Datuk Linton Albert membenarkan rayuan empat penuntut jurusan sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menghadapi tindakan disiplin kerana didakwa terbabit dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Hulu Selangor pada 24 April tahun lepas.

Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adza dalam saman pemula mendakwa mereka menerima notis dari UKM untuk menghadiri Lembaga Disiplin UKM bagi menjawab tuduhan melanggar Sesksyen 15(5)(a) Akta AUKU.

Bagaimanapun, mereka didapati tidak bersalah oleh lembaga itu. Kesemua mereka itu telah menamatkan pengajian masing-masing bulan lepas.

Hakim Low menentang dengan menyatakan larangan itu perlu bagi mengelak ideologi politik meresap di kalangan penuntut yang mudah terdedah, tertakluk kepada tekanan rakan sebaya dan mudah terpengaruh, yang akan menjejaskan peranan utama universiti dalam menyediakan pendidikan.

Hakim Hishamuddin dalam penghakiman 21 muka surat berkata Seksyen 15(5)(a) adalah tidak rasional kerana ia menghalang pembangunan pemikiran kritis dan asli penuntut di mana objektif institusi pengajian tinggi berusaha untuk mencapainya.

Katanya universiti seharusnya menjadi tapak semaian ahli reformis dan pemikir dan bukan institusi untuk melahirkan penuntut ibarat robot.

Jelas sekali, katanya, peruntukan itu bukan sahaja tidak produktif malah menindas.

Selain itu, katanya, kebebasan bersuara merupakan salah satu hak asasi utama yang dinikmati oleh seseorang individu dan hak itu turut diktiraf dalam pelbagai dokumen hak asasi manusia seperti Deklarasi Hak Asasi Manusia dan Perjanjian Antarabangsa Mengenai Hak Sivil dan Politik.

Hishamuddin berkata ianya adalah asas kepada pewujudan demokrasi dan menghormati nilai diri seseorang dan kebebasan bersuara diberi status terunggul dalam perlembagaan kebanyakan negara.

Katanya beliau tidak dapat memahami cara mana seseorang penuntut yang menyatakan sokongan atau bangkangan terhadap sebuah parti politik boleh memudaratkan atau membawa kesan buruk kepada ketenteraman awam atau prinisp moral.

Hishamuddin berkata kebanyakan penuntut universiti sudah mencapai usia matang di mana mereka boleh menjalin perjanjian, saman dan disaman, boleh berkahwin dan memikul tanggungjawab ibu bapa, mengundi sekira mencapai usia 21 tahun.

"Namun secara ironi, mereka dimaklumkan secara sah mereka tidak boleh berkata apa-apa yang boleh dianggap sebagai sokongan atau bangkangan terhadap sebuah parti politik," katanya.

Panel itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 September tahun lepas yang membatalkan saman pemula penuntut berkenaan terhadap kerajaan, Menteri Pengajian Tinggi dan UKM dengan mencabar tindakan universiti berkenaan mengambil tindakan disiplin.

Hakim Linton dalam penghakiman 15 muka surat berpendapat seksyen itu telah melanggar Artikel 10(1)9a) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan kebebasanbersuara dan ekspresi.

"Sebuah enakmen perundangan yang melarang penyertaan dalam PRK adalah aspek penting demokrasi dan tidak dalam sebarang standard dikatakan sebagai munasabah," katanya.

Dalam penghakiman menentang, Hakim Low berkata larangan itu adalah bagi melindungi kepentingan penuntut dan institusi berkenaan sebagai perkara menyentuh dasar dan oleh itu ianya adalah munasabah.

Katanya bukan untuk mahkamah menyatakan undang-undang itu keras dan tidak adil kerana mahkamah hanya diamanahkan dengan tanggungjawab mentafsir undang-undang.

Sebaliknya, Low berkata ia merupakan persoalan dasar yang perlu dihujah dandiputuskan oleh Parlimen.

"Secara tegas antara lain, Parlimen mungkin mahu mempertimbangkan khususnya pindaan Seksyen 15(5) dan Akta itu pada amnya supaya memansuhkan atau menyemak semula," katanya.

Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili UKM, memberitahu panel itu bahawa beliau mendapat arahan daripada anak guamnya untuk membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan.

Di luar mahkamah, Muhammad Hilman menyifatkan keputusan itu sebagai 'kejutan dan bersejarah'.

- BERNAMA

JPJ lancar operasi besar-besaran terhadap pengguna motosikal

Posted by MOHD. ADHA MOHD. ZAIN


Mulai tahun depan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan operasi secara besar-besaran di seluruh negara memandangkan kadar kemalangan pengguna motosikal semakin kritikal.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad berkata perkembangan ini boleh dilihat pada data-data Ops Sikap sempena Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini yang menyaksikan kemalangan membabitkan pengguna motosikal meningkat kepada 61.6 peratus berbanding 59.7 peratus pada tahun lepas.“Kalau kita tengok dalam tempoh 2001-2010, kadar kemalangan maut di kalangan pengguna motosikal ialah 58.2 peratus,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Inovasi JPJ Peringkat Negeri Terengganu di Kuala Terengganu.

Turut hadir Pengarah JPJ negeri Abdul Rahman Emang Anyie.

Ismail berkata memandangkan masalah motosikal begitu kritikal di Terengganu, negeri itu dipilih sebagai perintis operasi tersebut diikuti negeri-negeri yang lain dari semasa ke semasa.

Beliau berkata hasrat JPJ untuk mengurangkan kadar peratus kemalangan maut tidak akan berjaya sekiranya ada peningkatan kemalangan di kalangan pengguna motosikal.

Ismail berkata JPJ telah mengeluarkan saman terhadap pengguna motosikal sepanjang Op Sikap yang lalu di Terengganu sebanyak 1,807 dan 12 buah di sita atas pelbagai kesalahan.

Beliau berkata pada Hari Raya Aidiladha ini JPJ akan mengadakan operasi secara sederhana di seluruh negara.

Sementara itu, katanya usaha ke arah kecemerlangan adalah satu usaha yang berterusan, tanpa had waktu atau batasan. “Hari inovasi hendaklah dilihat sebagai hari bagi mengulangi iltizam atau komitmen warga JPJ kepada kerajaan dan rakyat,” katanya.

- BERNAMA

Perkhidmatan monorel Arafah-Mina siap

Posted by MOHD. ADHA MOHD. ZAIN


MAKKAH: Sistem monorel Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (Makkah Metro) kini siap sepenuhnya bagi membawa jemaah haji antara Arafah dan Mina.

Penolong Pengurus Stesen Arafah 1, Yuszaini Mohd Yusop, berkata pada musim haji tahun lalu, perkhidmatan itu beroperasi hanya 35 peratus.

"Perkhidmatan tren ini adalah bagi mengatasi kesesakan jalan raya yang sering berlaku pada setiap musim haji terutama ketika jemaah bergerak menuju ke Padang Arafah untuk melakukan wukuf," katanya di sini.

Wukuf iaitu satu daripada rukun haji yang mesti dipenuhi oleh setiap anggota jemaah, pada tahun ini ialah pada 5 November bersamaan 9 Zulhijjah.

Jemaah dengan berpakaian ihram akan bergerak dari Makkah menuju ke Padang Arafah pada 4 November dan bermalam di sana.

Yuszaini adalah seorang daripada 146 kakitangan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) yang dipinjamkan bertugas dengan Makkah Metro.

Sistem monorel itu mempunyai sembilan stesen melibatkan tiga lokasi utama iaitu Arafah, Muzdalifah dan Mina (setiap tempat mempunyai tiga stesen), dengan jarak 20 kilometer.
Yuszaini berkata, monorel sepanjang 300 meter mempunyai 12 gerabak dengan 60 pintu, mampu membawa antara 3,500 dan 4,000 penumpang setiap perjalanan.

Monorel dengan kelajuan 80 kilometer sejam dilengkapi pendingin hawa, peralatan keselamatan dan kecemasan serta pemantauan kamera litar tertutup.

Beliau berkata, kepakaran yang dimiliki kakitangan KTMB dalam mengendalikan sistem pengangkutan serupa di Malaysia mendapat kepercayaan pihak berkuasa Arab Saudi untuk mengendalikan perkhidmatan Makkah Metro.

Kumpulan wartawan dari negara Islam turut dibawa meninjau persiapan untuk menerima jemaah haji dari seluruh dunia di Padang Arafah.

Khemah sudah didirikan untuk menempatkan jemaah mengikut benua dan negara.

- BERNAMA

Jadual Pendaftaran Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia - STPM & Malaysia University English Test - MUET Tahun 2012

Posted by MOHD. ADHA MOHD. ZAIN

Jadual Pendaftaran Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia - STPM & Malaysia University English Test - MUET Tahun 2012. Sila klik gambar di bawah.


Laman Web MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MPM) : http://www.mpm.edu.my

Tips Temuduga Kerajaan dan Swasta

Posted by MOHD. ADHA MOHD. ZAIN

ASPEK TEMUDUGA

Terdapat dua aspek mustahak mengenai temuduga. Aspek-aspek itu ialah:
a. Persediaan
b. Tingkah laku semasa temuduga

PERSEDIAAN

1. Selidik seberapa banyak maklumat tentang pekerjaan yang anda pohon itu.

2.Anda hendaklah mengambil tahu tempat, tarikh dan masa temuduga akan diadakan dan hendaklah berada di tempat temuduga itu 10 minit sebelum temuduga itu dimulakan. JANGAN SEKALI-KALI DATANG LAMBAT.

3. Pakailah pakaian yang bersesuaian, kemas dan bersih.

4. Anda perlu bersedia menjawab semua soalan-soalan yang dikemukakan oleh penemuduga.

5. Pastikan semua sijil-sijil, dokumen-dokumen dan surat-surat asal di bawa bersama dan salinan disahkan sebelum ditemuduga.

TINGKAH LAKU

1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan "Selamat Pagi" atau "Selamat Petang" mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.

2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.

3. Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan.

4. Jangan menggelisah.

5. Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.

6. Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu. Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.

7. Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat.

8. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel. Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya.

9. Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.

10. Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.

11. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu.

12. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda.Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.

13. Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.

14. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.

15. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.

16. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

Tips dan Panduan Peperiksaan Pegawai Anti Dadah S41

Posted by MOHD. ADHA MOHD. ZAIN

FORMAT SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI ANTIDADAH S41

Seksyen A – Pengetahuan Am
Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkenaan perkara berkaitan dengan perkara-perkara yang berhubungkait dengan antidadah, sosial,  sains, teknologi, sastera, kebudayaan, kesenian, muzik, sukan, ekonomi, agama dan lain-lain perkembangan. Item yang disediakan mempunyai cakupan yang luas. Item akan ditarafkan kepada pengetahuan am yang sepatutnya diketahui oleh rakyat Malaysia. Calon yang peka dengan perkembangan dunia melalui suratkhabar, majalah dan buku-buku akan dapat menjawab soalan yang dikemukakan. Tujuan seksyen ini untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia pada amnya dan Malaysia khasnya.
Masa    : 40 minit
Soalan : 50
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
Dalam kertas ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut;
·                     Kebolehan Menggunakan Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan paling tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

·                     Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisis untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

·                     Konsep-konsep Matematik
Konsep matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Asal-asas matematik yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan peperiksaan Tingkatan 5 (SPM). Walaupun ada antara calon mempunyai kelayakan dalam bidang matematik di peringkat universiti, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada bentuk soalan logik.
Masa          : 45 minit
Soalan       : 40

Seksyen C – Esei Bahasa Melayu

Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Melayu. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.
Masa                : 1 jam
Soalan             : Tiga (3) soalan, Pilih Satu (1)
Panjang Esei   : 300 hingga 500 perkataan


Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris

Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.
Masa                : 1 jam
Soalan             : Tiga (3) soalan, Pilih Satu (1)
Panjang Esei   : 200 hingga 300 perkataan

PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI ANTIDADAH S41
Anda boleh mendapatkan Pakej Panduan Lengkap Peperiksaan SPA Tips PTD Gred 41 ini sebagai panduan Peperiksaan Pegawai Antidadah nanti di: http://www.tipsptd.com/hop.php?ref=my




 

KATEGORI

Artis (282) Astronomi (79) Berita (1881) Bolasepak (113) DPLI (39) Dunia (850) Ekonomi (782) Gempar (203) Hiburan (483) Islam (2210) Isu Semasa (114) Jawatan Kosong (1473) Keluarga (263) Kerjaya (1781) Kesihatan (960) Kewangan (349) Komentar (154) KPLI (91) KPLSPM (27) Mistik (49) Motivasi (616) Pendidikan (1094) Pentadbiran (218) Personaliti (210) Politik (1691) Sastera (77) Sejarah (205) Soal Jawab (85) Teknologi (757) Temuramah (19) Umum (941) Undang-Undang (220)

BLOG TERKINI