Top Ad 728x90

Kiblat Masjid Kristal tepat

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said memberitahu Dewan Undangan Negeri bahawa arah kiblat di Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man tidak perlu dipertikaikan kerana telah ditentukan beberapa kali ketepatannya oleh pihak berkenaan.

Ahmad berkata, kerja-kerja penentuan arah kiblat Masjid Kristal telah ditentukan sebelum pembinaan, semasa dan selepas pembinaan masjid itu oleh pihak mufti negeri dengan kerjasama Jabatan Pemetaan dan Pengukuran Terengganu.

"Penyataan arah kiblat ini telah dibuat beberapa kali termasuk kali terakhir 3 April lepas dan Jabatan Mufti sendiri telah mengeluarkan sijil yang menyatakan arah kiblat yang ditunjukkan dalam Masjid Kristal adalah tepat," katanya.

Ahmad menjawab soalan oleh Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (PAS-Ladang) semalam yang meragui ketepatan arah kiblat masjid itu kerana dikatakan berbeza dengan arah yang ditunjukkan oleh kompas.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, keadaan itu mungkin berlaku disebabkan gangguan magnetik di dalam masjid itu yang terlalu kuat kerana struktur utama Masjid Kristal adalah diperbuat daripada besi keluli.

- Utusan

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90