Laman Bayu tawar kehidupan pesisir pantai Terengganu


Projek kediaman Laman Bayu di Kuala Terengganu, Terengganu dengan berkonsepkan 'Kehidupan Harmoni di Pesisiran Pantai' menawarkan 79 buah kediaman dengan menggabungkan ciri-ciri keindahan alam semula jadi dan reka bentuk kontemporari.

Daripada jumlah itu, sebanyak 67 unit rumah teres dua tingkat dan 12 unit rumah berkembar dua tingkat yang dibangunkan oleh Ciptasakti Sdn. Bhd. (CSSB) dibina di atas tapak seluas 2.8 hektar itu terletak kira-kira 300 meter dari Pantai Tok Jembal, dekat Kuala Terengganu.

Menurut Pegawai Pemasaran CSSB, Siti Aida Harun berkata, memiliki kediaman di tepi pantai serta lokasi hartanah yang strategik selain reka bentuk yang menawan mampu memenuhi kehendak pelanggan yang bercita rasa tinggi.

"CSSB mensasarkan jualan terutamanya kepada golongan ahli perniagaan yang ingin membuat pelaburan perumahan dan juga pegawai eksekutif muda yang belum memiliki rumah," katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Rumah teres dua tingkat dijual pada harga antara RM238,000 hingga RM 286,400 sebuah manakala rumah berkembar dua tingkat dijual pada harga antara RM336,000 hingga RM364,500 itu kini dibuka untuk jualan.

Projek Laman Bayu yang merupakan projek usahasama antara CSSB dengan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu itu dijangka siap pada Jun 2010.

Selain itu, kediaman Laman Bayu turut menawarkan 12 buah rumah kedai dua tingkat, taman rekreasi dan permainan, taska, surau dan kawasan lapang dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM25 juta.

Tambah beliau, reka bentuk rumah di Laman Bayu adalah unik dan eksklusif dan ia diyakini mendapat sambutan dari orang ramai dan syarikat yakin hartanah tersebut akan habis dijual dalam masa terdekat berdasarkan sambutan yang menggalakkan setakat ini.

Siti Aida berkata, kedudukan Laman Bayu yang menghadap Laut China Selatan menjanjikan pemandangan indah buat penghuninya dan keputusan untuk memiliki rumah di kawasan tersebut merupakan satu tindakan yang tepat bagi mereka yang ingin merasai suasana pagi di tepi pantai.

Menurut beliau, keterangan lanjut mengenai projek Laman Bayu boleh diperolehi dengan menghubungi CSSB di talian 09-6301564 atau 09-6301565.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url