Menyeru Umat Kepada Islam

KENAPA KITA MENGAJAK DIRI KITA MENERIMA ISLAM?

Kerana kita yakin Islam adalah aqidah kepercayaan terbaik untuk kita.
Kerana kita yakin Islam adalah syariat peraturan hidup terbaik untuk kita.
Kerana kita yakin aqidah dan syariat Islam memberi kebahagian yang didambakan oleh kita.

فمن اتبع هداي فلا يضل ولا يشقى ومن أعرض عن ذكري فإن له معيشة ضنكا

Maksudnya:

"Sesiapa yang mengikut tunjuk ajarKu, maka dia tidak akan sesat dan tidak akan mendapat kecelakaan. Dan sesiapa yang berpaling daripada petunjukKu, sesungguhnya dia akan mendapat kehidupan yang menyukarkan".

KENAPA KITA BERSUNGGUH MENGAJAK SELURUH MANUSIA UNTUK MENERIMA ISLAM?

Kerana kita mahu berkongsi kebaikan yang kita perolehi daripada Islam.
Kerana kita yakin Islam adalah yang terbaik untuk membahagiakan manusia.
Kerana kita mahu hidup dalam masyarakat yang juga mendapat kebahagian seperti kita.

HARI INI KITA TELAH MENERIMA ISLAM. UNTUK APA LAGI BERBICARA TENTANG ISLAM?

Kerana kita mempersoalkan;

Di mana Islam dalam kehidupan peribadi kita?
Di mana Islam dalam kehidupan berkeluarga kita?
Di mana Islam dalam kejiranan kita?
Di mana Islam dalam perundangan kita?
Di mana Islam dalam pendidikan kita dan anak-anak kita?
Di mana Islam dalam media massa kita?

Oleh:
Ustaz Mohd Khairuddin bin Aman Razali
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url