Tsunami politik bakal melanda Terengganu?

Setelah tersisih dari ledakan tsunami politik yang melanda negara ketika pilihanraya Umum 8 Mac lalu, Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu yang bakal di adakan pada 17 Januari tahun depan dijangka menjadi kayu pengukur kepada kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan politik berlaku di negara ini.

Walaupun ramai dikalangan pemerhati politik mencari-cari dimana silapnya sehingga Terengganu gagal mengusai negeri pantai timur itu ketika pilihanraya umum lalu. Walhal ketika pilihanraya umum ke-10, Pas menguasai pentadbiran kerajaan negeri tersebut.

Walau apapun senarionya pilihanraya di P36 kali ini bakal menjawab segala persoalan tersebut.

Rekod kemenangan bergaya di Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu mempunyai kesan yang besar terhadap haluan Pakatan Rakyat memburu kemenangan seterusnya khususnya di Kuala Terengganu ini.

Pada Pakatan rakyat, mencatat kemenangan di P36 Kuala Terengganu ini bukan sekadar akan menambahkan lagi kerusi di Parlimen malah akan menjadi kayu pengukur kepada Umno bahawa misi parti perkauman telah ditolak rakyat secara total.

Selain kemenangan moral yang yang membuktikan lonjakan peralihan kuasa 16 September akan menjadi kenyataan dan Pakatan rakyat layak menguasai kerajaan ia sekali gus membayangkan pilihanraya Umum akan datang merupakan gelombang yang sudah tidak dapat dibendung lagi akan menenggelamkan Umno /BN.

Sebaliknya pada Umno/BN, P36 memberi pelbagai persepsi. Isu perlantikan Menteri Besar selepas tamat pilihanraya Umum, Mac lalu masih segar dimata rakyat. Kontroversi perlantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar menggegarkan polimik ketuanan Melayu apabila terdapat segelintir penyokong bekas menteri Besar, Idris Jusoh sanggup mengeluarkan kenyataan biadap terhadap instituasi raja-raja Melayu.

Seluruh rakyat merasa terkejut apabila pengikut Idris mahukan beliau dilantik semula namun sultan Terengganu merangkap Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan mahukan Ahmad Said.Kebiadapan dan penderhakaan terbuka umat melayu akhirnya terpamir apabila rentangan poster yang berbunyi ” kami mahu Idris, Natang” terpampang yang membuktikan Umno Terengganu adalah mempelopori penderhakaan yang akan tercatat dalam sejarah negara.

Diatas kertas politik mahupun realitinya perebutan kuasa dikalangan Umno agak berbeza dari parti-parti lain. Dendam kesumat pemimpin Umno terhadap musuhnya dalam parti sehingga boleh membawa kepada membantu parti lawan.

Rentetan pilihanraya Umum ke -12 lalu adalah bukti bahawa salah satu dari kemenangan besar pakatan Rakyat adalah akibat ramai dikalangan orang Umno yang memberi sokongan kepada pembangkang kerana tidak setuju dengan calon mereka.

Secara langsung P36 menjadi medan kepada pimpinan Ahmad Said yang merupakan menteri besar menyukat penerimaan rakyat tempatan berhubung kepimpinan beliau mentadbir Terengganu.

Berdasarkan laporan terbaru SPR, Kuala Terengganu mempunyai 80,229 pengundi berdaftar dan 1,035 pengundi pos dengan pecahan 88 % pengundi melayu, 10.8 % Cina, 0.6 % India dan 0.1 % laian-lain bangsa.

Dalam pilihanraya lalu calon Pas , Mohamad Sabu memperoleh 31 934 undi ditewaskan Razali Ismail dari BN yang memperoleh 32,562 undi. Kelebihan undi majoriti 628 undi adalah kemenangan tipis BN yang mampu ditebus memandangkan arus kebangkitan rakyat semakin menyerlah ketika ini.

Umno/BN dijangka mengalami kesukaran untuk menang memandangkan beberapa isu nasional seperti kenaikan harga barangan pengguna,tol, harga minyak yang masih lagi tinggi di saat harga pasaran dunia sedang turun dan isu bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan Sains.

Selain itu beberapa isu tempatan seperti isu royalti, piala Monsun yang merugikan dan pembaziran wang rakyat di era Idris Jusoh merupakan antara isu barah yang mencemar Umno/BN memenangi kerusi di P36 tersebut.

- Suara Keadilan
Next Post Previous Post
1 Comments
  • Hashim
    Hashim Ahad, 14 Disember 2008 pada 3:25:00 PTG SGT

    Pada fikiran saya yang kurang cerdik ... BN menyangkakan Tsunami politik akan melanda Trg dan juga Kelantan sahaja. That way jentera mereka tertumpu & berusaha tertungkus lumus termasuk menghantar "Phantom" kat negeri Gannu kelantan sahaja untuk mempertahankan kemenangan mereka. Mereka berjaya mengikat diTRG tetapi tidak di Kelantan. Malang bagi mereka bila kehilangan kerusi di Perok, Selangor, Penang dan kedah yang mereka sangka kan kubu kuat mereka..
    Pada pilihanraya kecil ni mereka mampu untuk mengekallan kerusi Bandar atas ihsan pengundi terhadap Najib sebagai Bakal PM

Add Comment
comment url