Bollywood turut sindir Bush
Filem itu bertajuk The President is Coming (Presiden datang melawat) dirakamkan di Mumbai ketika kunjungan Bush ke India pada 2006, adalah kisah rekaan mengenai enam rakyat negara itu yang berusaha mencari peluang berjabat tangan dengan pemimpin berkenaan.
Bush adalah tema filem itu dan begitu juga dengan Bushisms - kesilapan dalam ucapan Bush yang menjadi perhatian sepanjang lapan tahun pemerintahannya.
“Tema Bush melambangkan segala-galanya yang ditunjukkan Amerika - baik atau buruk - tetapi beliau juga kerap menjadi bahan kritikan kerana mudah mensasarkannya,” kata pengarah filem berkenaan, Kunaal Roy Kapur, 29.
- Reuters