Ingatan bagi pelupa: Kemakmuran menyalahi nilai agama tak bertahan lama

Daripada Abu Malik al-Asy’ari katanya, bersabda Rasulullah bermaksud: "Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Solat itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya." (Hadis riwayat Muslim)

Kemakmuran dan kesejahteraan boleh saja diperoleh dengan pelbagai cara termasuk membelakangi nilai agama. Namun, kemakmuran dan kesejahteraan yang menyalahi nilai agama tidak akan dapat bertahan lama kerana ia sebenarnya kosong daripada berkat dan tanpa berkat tidak akan dapat menghasilkan kebahagiaan sejati.

Oleh itu, Islam menganjurkan umatnya sentiasa berpegang pada jalan yang betul dan berbuat sesuatu bertepatan kehendak syarak sama ada ia perkara wajib ataupun sunat kerana keselamatan diri manusia bergantung pada keberkatan serta keredaan Allah.

Jika yang dilakukan itu perkara baik, ia akan selamat dunia dan akhirat tetapi jika sebaliknya lambat laun akan mendapat pembalasan dan kecelakaan sama ada di dunia atau akhirat kelak.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url