RMKe-10: Rancangan tumpu 12 NKEA
Sehubungan itu, RMKe-10 akan memberi tumpuan terhadap 12 bidang ekonomi utama negara (NKEA) yang berpotensi menjana pendapatan tinggi.
12 NKEA dikenal pasti;
# Minyak dan gas;
# Minyak sawit dan produk berkaitan;
# Khidmat kewangan;
# Pemborong dan peruncitan;
# Pelancongan;
# Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT);
# Perkhidmatan Pendidikan;
# Elektrik dan elektronik;
# Perkhidmatan perniagaan;
# Penjagaan kesihatan swasta;
# Pertanian; dan Greater Kuala Lumpur.
Satu unit khas, iaitu Unit Transformasi Ekonomi, akan ditubuhkan untuk merancang, menyelaras pelaksanaan dan pembangunan NKEA.
Selain itu, penyerapan penggunaan kaedah berasaskan teknologi tinggi akan juga diberi tumpuan dalam perancangan dan penyelarasan pelaksanaan NKEA.
Pelantar teknologi seperti bioteknologi, nanoteknologi, dan kejuruteraan tinggi bakal melonjakkan impak pertumbuhan NKEA dikenal pasti.
Bagi sektor ekonomi tidak tersenarai dalam NKEA, antaranya teknologi hijau, automotif, aeroangkasa dan logistik, usaha memajukan sektor berkenaan akan terus dipandu kementerian, agensi dan majlis berkaitan.
- BERITA HARIAN