Kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL 2011) dari 23 Jan - 1 Feb 2011


Pasukan-pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011 akan mula tiba di Pulau Langkawi, Selasa ini.

Pengarah Operasi LTdL 2011, Emir Abdul Jalal berkata, semua pasukan yang bertanding, kecuali pasukan Aisan Cycling Team, akan tiba secara berperingkat mulai Selasa ini.

"Bagi pasukan Aisan, mereka datang lebih awal dengan perbelanjaan sendiri ke Pulau Langkawi untuk menjalani lati- han bagi menyesuaikan diri," katanya selepas majlis penyerahan tajaan daripada Figos Sdn. Bhd. di Ibu pejabat LTdL 2011, Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil semalam.

Beliau berkata, pasukan benua dari Jepun itu tiba di Pulau Langkawi sejak Selasa lepas.

"Sudah semestinya pasukan itu mahu mencipta kejayaan yang lebih besar pada edisi kali ini selepas kejayaan salah seorang pelumbanya menjuarai perlumbaan peringkat keempat (Mersing-Parit Sulong) pada LTdL tahun lepas," kata- nya.

Terdahulu pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LTdL 2011, Mohamed Salleh menerima tajaan berjumlah RM50,000 daripada Pengarah Operasi Figos, Tang Kok Wai.

Figos akan menaja pakaian dan kasut sukan untuk kegunaan sekretariat LTdL 2011 dan turut mengambil bahagian dalam rombongan calvacade dengan mempromosikan barangan sukan keluaran mereka.

Selepas empat tahun menyepi daripada siri jelajah terbesar Asia, perlumbaan LTdL kembali membuka tirai di Pulau Langkawi apabila berada dalam senarai laluan perlumbaan berstatus 2HC itu yang akan membuka tirainya pada 23 Januari hingga 1 Februari depan.

Pulau Langkawi kembali dalam kalendar perlumbaan LT- dL tahun ini selepas mengambil pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mengembali- kan nostalgia perlumbaan ke pulau itu.

Selain Pulau Langkawi yang menjadi daya tarikan utama LTdL 2011, cabaran dua pendakian berturut-turut iaitu ke Cameron Highlands dan Genting Highlands bakal menjadi- kan saingan LTdL 2011 lebih mencabar dan sengit.

Edisi ke-16 LTdL yang melibatkan 10 peringkat perlumbaan dengan jarak kayuhan sejauh 1,315.4km itu menawarkan hadiah wang tunai keselu- ruhan berjumlah RM1 juta.

- KOSMO!
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url