Operasi Piramid untuk membawa pulang Rakyat Malaysia di Mesir

Kementerian Pertahanan Malaysia telah membuat keputusan untuk melaksanakan Operasi Piramid untuk membawa pulang pelajar2 Malaysia di Mesir.

Satu daripada pesawat Charlie 130 yang dikerah ke Mesir berlepas dari pangkalan TUDM Subang, 4:10 petang tadi.

Diketuai juruterbang Kolonel Dzulkarnian Ahmad, ia membawa kumpulan pertama terdiri daripada 70 anggota tentera pelbagai pangkat.

Turut dibawa bersama, bekalan makanan dan ubat-ubatan.

2 buah lagi pesawat Charlie 130 akan berlepas kira-kira 9 malam tadi.

Turut serta dalam penerbangan ini nanti beberapa wartawan daripada media cetak dan elektronik.

Sebenarnya, misi membabitkan 3 pesawat Charlie dan kapal Bunga Mas 5 adalah fasa pertama daripada misi yang dikenali sebagai Operasi Piramid.

Dengan tanggungjawab di bawah Kementerian Pertahanan, misi diketuai Panglima TUDM, Tan Sri Rodzali Daud.

Pesawat Charlie ini dijangka tiba di Mesir esok dan operasi membawa keluar rakyat Malaysia akan dilaksanakan 24 jam sehari dengan keupayaan membawa keluar 2 ribu orang sehari.

Kapal Bunga Mas 5 pula kini dalam pelayaran dari Teluk Aden ke Mesir dan dijangka tiba di Pelabuhan Adabiya 5 Februari ini.

Bunga Mas 5 kemudian akan membawa rakyat Malaysia ke Jeddah.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin: "Kita akan berpangkalan dekat Jeddah. Dari Jeddah, baru kita usulkan mereka dibawa pulang ke Malaysia walau apa cara sekalipun. Yang pentingnya, keselamatan pelajar dan juga rakyat Malaysia ini, dikeluarkan dahulu dari Cairo ke Jeddah."

Operasi membawa balik rakyat Malaysia ke tanah air katanya adalah fasa kedua Operasi Piramid dan akan diselia Wisma Putra dan Majlis Keselamatan Negara.

Pelajar Malaysia di Mesir buat blog khas

Sementara itu, sekumpulan penuntut Malaysia di Mesir mengambil inisiatif mewujudkan sebuah blog khas, http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com bagi membantu memusatkan sumber maklumat dan pergerakan semasa pelajar di Mesir, khususnya ketika keadaan politik negara itu semakin meruncing.

Malah, kumpulan pelajar terbabit juga menubuhkan jawatankuasa bertindak sementara dinamakan Skuad Perhubungan Sementara Malaysia Mesir yang akan mengemas kini perkembangan dan pergerakan keluar pelajar Malaysia dari Mesir.

- BERITA HARIAN
Next Post Previous Post
3 Comments
  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Khamis, 3 Februari 2011 pada 8:40:00 PG SGT

    TERIMA KASEH ANGKATAN TENTERA DAN KERAJAAN MALAYSIA DALAM TINDAKAN ANDA . INI LAH YANG DIKATAKAN KERAJAAN YANG PERIHATIN TERHADAP RAKYAT NYA. PAS TAK MAHU UCAPKAN TERIMA KASEH KE KEPADA KERAJAAN MALAYSIA ?

  • ! Sam Posmen                                                                                                        !
    ! Sam Posmen ! Jumaat, 4 Februari 2011 pada 11:37:00 PTG SGT

    ramai yang selalu komple kata Malaysai lambat hantar bantua.

    tetapi hakikatnya tidak ramai tau betapa susahnya untuk mewujudkan sesuatu misi itu.

    perlukan perancangan. jangan main sebat je.

    semoga semuanya selamat

  • Unknown
    Unknown Ahad, 6 Februari 2011 pada 10:33:00 PTG SGT

    saya harap semua selamat..insyaAllah

Add Comment
comment url