PTPTN Peruntuk RM5.8 Bilion Pinjaman Tahun 2011 Ini
Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata pada tahun lepas PTPT Nmemberikan pinjaman lebih RM4 bilion kepada 210,000 pelajar.
Beliau bercakap kepada pemberita pada majlis sambutan perayaan Tahun Baru Cina kawasan Parlimen Kuala Krau, anjuran MCA Bahagian Kuala Krau di sini, Khamis.
Ismail berkata sejak ditubuhkan pada 1997, PTPTN telah mengeluarkan pinjaman sebanyak RM24 bilion kepada 1.3 juta pelajar pelbagai kaum.
Katanya sehingga akhir tahun lepas, hanya RM2.3 bilion bayaran balik berjaya dikutip walaupun pelbagai peringatan dibuat kepada peminjam.
Ismail yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau berkata seramai 78,000 individu yang disenarai hitam kerana liat menjelaskan pinjaman berjaya dikesan.
Beliau berkata kira-kira 7,400 daripada mereka telah menjelaskan pinjaman manakala selebihnya terus berdiam diri.
- BERNAMA
Tanpa PTPTN mungkin ramai rakyat Malaysia tidak dapat belajar tinggi-tinggi seperti sekarang..
Jadi sebagai seorang yang bertanggungjawab, mari kita sama-sama menjelaskan pinjaman PTPTN..