468,808 pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011


Seramai 468,808 pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 di 3,533 buah pusat peperiksaan seluruh negara mulai 14 November hingga 14 Disember depan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati calon-calon menggunakan masa terluang mengulang kaji pelajaran buat kali terakhir sebelum memasuki dewan sekolah masing-masing bagi mengikuti peperiksaan Bahasa Melayu kertas 1 bermula pukul 8 pagi.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cochrane, Shamsiah Ahmad berkata, pihaknya membuat persediaan sejak Februari lalu bagi membantu pelajar menghadapi peperiksaan tersebut.

“Saya minta calon-calon supaya tidak gugup dan yakin dengan diri sendiri,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sementara itu di PAHANG, seramai 22,490 calon termasuk 23 calon keperluan khas menduduki peperiksaan tersebut di 201 pusat peperiksaan.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Yahya Zainal Abidin berkata, jumlah tersebut turut merangkumi 450 calon daripada kalangan Orang Aslidi Kuantan, Rompin dan Pekan.

Di KEDAH, Jabatan Pelajaran negeri akan menyediakan pusat peperiksaan alternatif jika sekolah-sekolah yang terlibat dengan peperiksaan SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dilanda banjir.

Pengarahnya, Mansor Lat berkata, berdasarkan banjir tahun lalu, pihaknya telah mengenal pasti 18 sekolah di Pendang, Kota Setar, Kubang Pasu dan Padang Terap yang berisiko tinggi dinaiki air.

Di MELAKA, seramai 15,534 pelajar tingkatan lima menduduki peperiksaan berkenaan di 112 pusat peperiksaan seluruh negeri.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Mohd. Yusuff Osman berkata, jumlah pelajar pada tahun ini meningkat sebanyak 114 orang berbanding 15,420 orang tahun lalu.

“Daripada jumlah itu, seramai 13,334 calon daripada sekolah di bawah Kementerian Pelajaran, 804 calon Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), 116 calon sekolah swasta dan 1,132 calon persendirian,” katanya.

Di KELANTAN, seramai 36,333 calon SPM menduduki peperiksaan tersebut di 282 pusat bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Hussain Awang berkata, daripada jumlah tersebut seramai 28,087 merupakan calon sekolah kerajaan, MRSM (650 calon), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) (136 calon) dan sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) 4,935 calon.

- UTUSAN
Next Post Previous Post
2 Comments
  • Unknown
    Unknown Khamis, 3 Januari 2013 pada 3:13:00 PTG SGT

    http://uniselintake.blogspot.com/2012/02/permohonan-kemasukan-ke-unisel.html

    MENGAPA UNISEL MENJADI PILIHAN?

     Jumlah tenaga akademik bertaraf Profesor , Profesor Madya dan berkelulusan Ph.D antara tertinggi di IPTS
     Kemudahan infrastruktur terkini di Kampus Shah Alam dan kampus utama dengan keluasan 1,000 ekar di Bestari Jaya
     Persekitaran pembelajaran yang holistik
     Melahirkan tenaga profesional yang berakhlak dan bermoral tinggi
     Menyediakan biasiswa dan bantuan kewangan kepada yang layak
     Terbuka kepada pelajar pelbagai aliran termasuk pelajar kelulusan SPM(A) / STAM
     Yuran pendaftaran dan pengajian yang berpatutan
     Universiti milik penuh Negeri Selangor


    UNTUK DAPATKAN SURAT TAWARAN DAN PINJAMAN PENGAJIAN SEGERA SILA HUBUNGI:

    NAMA : AMIR

    TEL : 017-6842 836

    Email: amirmaju@yahoo.com


    Sila isi borang segera secara online di website
    http://apply.unisel.edu.my/
    www.unisel.edu.my

    Tarikh Pendaftaran UNISEL: SILA HUBUNGI AMIR 017 6842 836 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

    Sesiapa yang sudah isi …

  • Unknown
    Unknown Khamis, 21 Mei 2015 pada 2:45:00 PTG SGT

    Salam Sejahtera, nama saya Leon dari Lincoln University College.
    saudara boleh melanjutkan pelajaran di college ini kerana college ini menawarkan hostel dan transport percuma apabila saudara belajar mengikuti khusus Pre-University atau khusus-khusus Diploma yang ditawarkan di Lincoln University College.
    Saudara atau saudari yang berminat boleh menelefon saya atau sms saya, Leon 012-6575693. Hanya membayar pendaftaran RM500 sahaja dah boleh masuk kelas belajar dan baki yuran pembelajaran kita boleh menolong anda mendapatkan pinjaman Ptptn. Sila mempertimbangkan tawaran ini.

    Terima Kasih.

Add Comment
comment url