Sony Ericsson Xperia arc S


TERUS merancakkan pembanguan jenama Xperia, syarikat pencipta telefon bimbit pintar itu, Sony Ericsson baru-baru ini memperkenalkan pula model Xperia arc S.

Model yang dinaik taraf daripada portfolio Xperia arc sebelum ini menawarkan pengalaman hiburan lebih pantas menerusi pengenalan sokongan pemproses berkuasa 1.4 Ghz dan teknologi panorama Sony 3D.

Tidak cukup dengan itu, ia turut hadir bersama ciri aplikasi media dan kamera 25 peratus lebih pantas serta 20 peratus kelancaran capaian laman web berbanding model sebelum ini.

Menurut Pengurus Besar Sony Ericsson Singapura dan Malaysia, Peter Ang, Xperia arc S yang menggabungkan teknologi Sony dan Android merupakan model telefon bimbit pintar dengan fungsi hiburan terbaik.

''Ia merupakan model telefon pintar paling lengkap dalam kelasnya dengan tawaran akses unik kepada laman web rangkaian sosial serta capaian lebih 250,000 aplikasi,'' katanya.

Melihat keistimewaannya, gajet berkenaan dilengkapi teknologi panorama 3D Sony yang membolehkan sesuatu imej dirakam dan dipaparkan secara terus ke televisyen 3D menerusi sambungan kabel HDMI.

Kelebihan spesifikasi multimedianya pula disempurnakan bersama skrin 4.2 inci, sokongan enjin mobile BRAVIA, kamera 8.1 megapiksel, rakaman video definisi tinggi (HD) dan sensor Exmor R untuk sokongan rakaman dalam pencahayaan rendah.

Daripada sudut teknikal, Xperia arc S di pacu oleh pemproses berkelajuan tinggi dan sistem operasi Android Gingerbread 2.3.

- UTUSAN
Next Post Previous Post
1 Comments
  • Mohd Hazwan
    Mohd Hazwan Jumaat, 9 Ogos 2013 pada 12:10:00 PTG SGT

    nama saya mohd hazwan bin aziz sony ericsson xperia arc s saya ada masalah bila download masuk gedung play nak download storan penuh ada apa masalah sony saya...

Add Comment
comment url