Top Ad 728x90

, ,

Sensasi Saluran HyypTV Unifi


KEHIDUPAN hari ini yang sentiasa dilengkapi capaian teknologi serba canggih secara tidak langsung memberikan alternatif kepada pengguna dalam menikmati pelbagai kandungan media kegemaran mereka.

Dengan hanya satu klik di hujung jari, pelbagai kandungan media seperti muzik, fail dan informasi dapat diperoleh melalui pembangunan peranti berteknologi tinggi.

Bahkan, tiada lagi istilah waktu perdana seperti dalam diari kehidupan penonton yang terbiasa menanti segmen kegemaran mereka di depan peti televisyen.

Mereka kini mempunyai kebebasan menonton pada bila-bila masa sahaja mengikut kesesuaian waktu melalui pengenalan kemudahan perkhidmatan televisyen berbayar.

Salah satu perkhidmatan televisyen berbayar yang sedang meningkat naik dalam menawarkan pelbagai saluran menarik kepada penonton adalah HyppTV yang dimiliki Telekom Malaysia Bhd. (TM).

Naib Presiden Eksekutif Media Baru TM, Jeremy Kung, berkata, HyppTV merupakan perkhidmatan rangkaian televisyen berbayar yang semakin mendapat sambutan orang ramai terutamanya penduduk bandar.

“HyppTV merupakan sebahagian daripada perkhidmatan menarik yang ditawarkan kepada pengguna apabila menggunakan jalur lebar berkelajuan tinggi UniFi.

“Sungguhpun perkhidmatan UniFi menggunakan jalur lebar berkelajuan tinggi, HyppTV boleh diakses melalui televisyen bagi memberi pengalaman tontonan baharu kepada pengguna,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau memberitahu, penyiaran kandungan dalam perkhidmatan tersebut dilakukan secara digital melalui fiber optik.

Melalui teknologi tersebut, katanya, tontonan rancangan kegemaran mereka dapat ditonton dengan lebih pantas, jelas dan berkualiti tinggi.

“Penonton juga tidak perlu lagi memuat turun rancangan kegemaran mereka kerana kami menggunakan medium penstriman.

“Ia amat bersesuaian dengan gaya hidup pengguna pada hari ini yang inginkan sesuatu kandungan dengan lebih pantas,” katanya.

Dalam pada itu, keadaan cuaca tidak menentu bukan lagi halangan kerana ia masih boleh beroperasi dengan baik tanpa menjejaskan kualiti siaran.

Variasi saluran

Jeremy memberitahu, HyypTV menawarkan lebih 76 saluran menarik pelbagai genre terus kepada pengguna mengikut mood dan cita rasa mereka.

Katanya lagi, perkhidmatan televisyen berbayar itu menggabungkan rancangan berbahasa Melayu, Inggeris, Cina dan India yang ideal buat kelompok sasaran penonton berbilang bangsa di negara ini.

“Antara genre yang ditawarkan kepada mereka termasuk fesyen, gaya hidup, berita, filem, hiburan dan percutian.

“Pengguna yang melanggan perkhidmatan UniFi secara automatik akan menikmati 15 saluran percuma,” ujarnya lagi.

Selain daripada saluran percuma tersebut, pengguna boleh melanggan sebanyak 32 saluran perdana yang ditawarkan kepada mereka bermula pada harga RM3 sehingga RM9.

Melalui saluran perdana, mereka boleh mendapatkan rancangan-rancangan menarik dari saluran seperti Warner TV, iConcerts HD, BabyFirst TV, Universal Channel, MTV Live HD, BBC Lifestyle dan MUTV.

Jeremy menambah, terdapat juga 14 saluran Video On Demand yang menayangkan filem-filem pecah panggung terkini, siri terbaharu dan dokumentari menarik.

Sebagai contoh, katanya, pengguna boleh menonton siri CSI yang cukup popular, satu jam selepas tayangan di Amerika Syarikat (AS).

“Ini memberikan kelebihan kepada pengguna menikmati rancangan kegemaran mereka dengan pantas.

“Bagi memudahkan lagi pengguna agar tidak ketinggalan menonton rancangan kegemaran melalui saluran ini, ia dilengkapi ciri-ciri seperti pause, rewind dan forward,” ujarnya lagi.

Platform pengkarya

Bagi mereka yang gemar berinteraktif dan inginkan kelainan dalam tontonan televisyen, HyypTV turut menyediakan saluran interaktif kepada pengguna.

Terdapat beberapa aplikasi menarik dan saluran interaktif yang boleh digunakan pengguna termasuk laman sosial Facebook, trymasak dan TED.

Beliau menambah, trymasak merupakan antara saluran digemari pengguna apabila mereka boleh mencuba pelbagai resipi masakan menarik.

Katanya lagi, pengguna dapat mempelajari pelbagai teknik masakan melalui saluran tersebut tanpa memerlukan buku resipi.

- KOSMO!

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90