Islam agama mudah dan praktikal

FIRMAN Allah yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan (kepada nabi) perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan al-Quran, tentulah akan diterangkan kepada kamu. Allah maafkan (kamu) dari (kesalahan bertanyakan) perkara itu (yang tidak dinyatakan dalam al-Quran); kerana Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyabar." (Surah al-Maidah, ayat 101)

Islam adalah agama yang mudah dalam erti kata dapat dilaksanakan di semua tempat, sesuai pada setiap masa dan bertepatan dengan fitrah kejadian manusia.
Oleh kerana Islam adalah agama yang mudah, maka tidak sewajarnya diberatkan dan disulitkan dengan sikap suka mempersoalkan atau mempertikaikan suruhan serta larangan Allah SWT.

Selain menghalang sesuatu perintah itu dilaksanakan dengan sempurna, ia juga boleh menimbulkan perbalahan dan keraguan pada perkara tidak sepatutnya. Allah tidak membebankan hamba-Nya melaksanakan amalan baik kecuali sekadar kemampuan.

Islam adalah agama mudah dan praktikal. Memberatkan perkara mudah sehingga melampaui batas kemampuan manusia hendaklah dijauhi. Islam tidak menyusahkan umatnya sebaliknya manusia menyusahkan diri mereka.

Sumber: Koleksi artikel tafsir Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url