Kuala Lumpur bergelap sempena Kempen Earth Hour


Pemandangan bandar raya Kuala Lumpur yang turut mengambil bahagian dalam Earth Hour sebelum dan selepas lampu dipadamkan selama satu jam, malam 23 Mac 2013 (Sabtu).

Kempen kesedaran alam sekitar, Earth Hour yang diadakan dari pukul 8.30 hingga 9.30 malam 23 Mac 2013 (Sabtu) menyaksikan Menara Berkembar KLCC bergelap selama sejam. Seiring dengan konsert Twin Tower Live 2013 yang diadakan sempena kempen tersebut, pengunjung tidak melepaskan peluang untuk turut sama menunjukkan keprihatinan terhadap alam.

Selain bangunan kebanggaan negara itu, beberapa lokasi lain di sekitar ibu negara turut menyahut seruan kempen apabila memadamkan lampu dalam tempoh tersebut.

Antara lokasi tersebut adalah BB Plaza, Pavilion, Sungei Wang Plaza dan KL Plaza. `Orang ramai yang berkunjung ke Pavilion turut mengambil kesempatan menurunkan tanda tangan pada papan tanda khas yang disediakan sebagai menyokong kempen Earth Hour.

Sumber : UTUSAN
 

 
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url