Pengambilan Inspektor Polis PDRM YA13
Polis Diraja Malaysia(PDRM) mempelawa kepada seluruh rakyat malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan seperti berikut.
e-Pengambilan PDRM Inspektor Polis YA13 (Lelaki/Wanita)
- Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki/wanita)
Syarat permohonan jawatan
- Calon hendaklah terdiri daripada kalangan rakyat malaysia.
- Berusia tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun (kelulusan Sarjana Muda) tidak melebihi 30 tahun (kelulusan Sarjana) dan tidak melebihi 35 tahun (Kelulusan PHD) pada tarikh tutup permohonan online.
Kelayakan Akademik
- Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda
Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan malaysia atau mana-mana kelayakan
yang sama taraf dengannya.
- Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa
Melayu ( Termasuk Lulus Ujian Lisan ) pada peringkat SPM atau mana-mana
kelayakan yang sama taraf dengannya.
- Lain-lain kelayakan yang telah ditetapkan anda boleh rujuk di pautan yang telah kami berikan pautannya dibawah.
Kelayakan Fizikal
- Calon hendaklah mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 163sm bagi lelaki dan 157sm untuk wanita.
- Berat badan sekurang-kurangnya 50kg untuk lelaki dan 48kg untuk wanita.
- Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan BMI diantara julat 19 hingga 26.
- Ukuran lilit dada biasa 81sm (normal) dan semasa menarik nafas 86sm (lelaki sahaja).
- Lulus ujian mata kiri dan kanan dapat mengecam warna dan pendengaran yang tidak cacat serta diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).
Cara memohon jawatan
- Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat secara online bermula 16 – 30 April 2021.
- Semua
permohonan hanya dibenarkan dibuat secara online dengan menggunakan
laman sesawang rasmi unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia iaitu
epengambilan PDRM.
- Sila pastikan anda register/login dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat bagi memastikan permohonan anda diterima dan dinilai sebaiknya oleh majikan.
Iklan Pengambilan Polis : https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/SCHEME_VIEWER.aspx?id=1
Permohonan Online : https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/login.aspx