Bintang bendera Israel berasal dari bangsa asal Palestin


Ketika Salahuddin al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di Baitulmaqdis (Jerusalem), beliau membawa dua mimbar dari Halab ( Aleppo ) Syria, tempat dimakamkan Saidina Khalid al-Walid.

Saidina Khalid al-Walid antara sahabat yang berjuang untuk membuka kota Jerusalem ini. Setelah enam ratus tahun kemudian, Jerusalem berada di dalam tangan tentera salib.

Pada tahun 1187, ia berada ditangan Islam kembali. Mimbar ini sebagai simbol bahawa masjid ini telah di dalam amanah Islam semula

Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, satu lagi di masjid al-Khalil (Masjid dimakamkan Nabi Ibrahim a.s). 

Apa yang menarik adalah di mimbar ini ada bintang enam sama seperti bintang di bendera Israel.

Sebenarnya, bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan’an. Ia ada sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan’an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka.

Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan’an yang telah Islam.

Orang Kan’an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum Israel dibawa oleh Nabi Musa ke Palestin, mereka telah ada. 

Umur mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap dan mar-mar di dinding ini berumur ratusan tahun. Orang Israel menggunakan lambang ini baru dalam 100 tahun.

Mereka menggunakan lambang ini dengan alasan seolah-olah mereka penduduk asal seperti Arab Kan’an di sini.

Israel menggunakan lambang bintang enam untuk menyatakan dia adalah penduduk asal Palestin ini.

Sumber dari akuislam.com dan https://zharifalimin.blogspot.com/
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url