Kompleks Pasar Payang baharu beroperasi Januari 2024
Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (|CU JPM), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, berkata keseluruhan pembinaan kompleks pasar bernilai RM76 juta itu sudah siap sepenuhnya dan hanya menunggu perakuan daripada Indah Water Konsortium (IWK).
Katanya, semua agensi lain sudah memberi Perakuan Siap dan Pematuhan.
"Kita akan bincang dengan pihak IWK agar dapat segera mempercepatkan perkara ini kerana saya difahamkan, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sudah bersedia untuk memindahkan peniaga dari pasar sementara ke pasar berkenaan," katanya pada sidang media selepas meninjau projek Pembangunan Semula Kompleks Pasar Payang
Beliau berkata, Kompleks Pasar Payang berkenaan membabitkan perluasan saiz kedai dan ruang legar, dilengkapi kemudahan asas seperti tandas OKU, bilik persalinan bayi, tangga bergerak dan lif bagi keselesaan pengunjung serta peniaga.
Selain itu, katanya, menara jam yang pernah menjadi mercu tanda Pasar Payang pada awal kewujudannya juga dibina semula.