Permohonan MyKid dibuka semula

 


Permohonan MyKid akan dibuka semula di semua pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mulai 29 Julai ini.

Permohonan MyKid sebelum ini ditangguhkan sementara pengeluarannya berikutan kekurangan bekalan cip bagi kad mentah berkenaan.

Bagi pemohon yang telah membuat permohonan sebelum ini dan mempunyai resit permohonan MyKid namun cetakannya ditangguhkan, pemohon diminta untuk membuat pengesahan cetakan di portal rasmi JPN (www.jpn.gov.my) sebelum hadir membuat kutipan di Pejabat JPN yang dipilih.

Tempoh semakan adalah tiga bulan bermula 29 Julai hingga 31 Oktober 2024.

Selepas tempoh ini, status permohonan MyKid akan terbatal dan permohonan baharu perlu dibuat semula.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat JPN di talian 03-88807077 atau emel ke pro@jpn.gov.my.

Sumber: Bernama


Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url