Runtuhan kota purba 2,000 tahun ditemui di Mesir
Pihak berkuasa Mesir pada Khamis lalu mengumumkan penemuan bahagian kota purba yang tenggelam di perairan Iskandariah, termasuk serpihan bangunan, artifak dan sebuah manuskrip kuno berusia lebih 2,000 tahun.
Tapak penemuan itu terletak di Teluk Abu Qir dan dipercayai sebahagian daripada kota purba Canopus, pusat penting pada era dinasti Ptolemaic yang memerintah Mesir hampir 300 tahun, sebelum era pemerintahan Empayar Rom yang berlangsung sekitar enam abad.
Sejarah mencatatkan bahawa siri gempa bumi dan peningkatan paras laut telah menenggelamkan Canopus serta pelabuhan berhampiran iaitu Heracleion, sekali gus meninggalkan khazanah arkeologi yang amat bernilai.
Dalam operasi terbaharu itu, kren digunakan untuk mengangkat patung-patung dari dasar laut, dengan penyelam yang menemui artifak itu bersorak gembira sebaik tiba di daratan.
"Masih banyak tinggalan berada di dasar laut, namun apa yang boleh kami angkat amat terhad mengikut kriteria tertentu.
Sumber Berita Harian


