Gempa bumi lemah 2.5 magnitud melanda Segamat lagi

 


Gempa bumi lemah berukuran 2.5 magnitud berlaku pada jam 7.56 malam tadi di Segamat, menjadikan empat gegaran berlaku sejak kejadian pertama, Ahad lalu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa bumi itu berlaku kira-kira 13 kilometer utara Segamat, berpusat pada koordinat 2.6 darjah utara dan 102.8 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer.

"MetMalaysia akan terus memantau keadaan dan perkembangan gempa bumi ini," menurut MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook.

Orang ramai yang merasai gegaran diminta mengisi borang soal selidik yang disediakan MetMalaysia menerusi pautan https://forms.gle/2oEMtASN33W6TV9g7 bagi membantu siasatan lanjut.


Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url