Malek Noor nikah pakar kanak-kanak pada 12 Mac


KOTA BHARU 10 Mac - Bermula dengan panggilan telefon mengenai produk kesihatan yang jurucakapnya ialah bekas jaguh bina badan Asia, Datuk Malek Noor, seorang doktor pakar kanak-kanak tidak menyangka ia akan membawa mereka ke jenjang pelamin.

Dr. Wan Asma Wan Ismail yang bertugas di Hospital KPJ Pakar Perdana di sini, bakal bergelar isteri kepada Malek pada majlis akad nikah berwalikan bapaya, Wan Ismail Wan Ahmad, 87, pada pukul 11 pagi Isnin ini setelah hanya tiga bulan menjalinkan hubungan.

Katanya, tarikh 12 Mac dipilih oleh Malek sempena tarikh beliau berdoa di hadapan Kaabah semasa menunaikan umrah tahun lalu supaya mendapat isteri solehah.

"Allah yang mempertemukan kami, Abang (panggilan kepada Malek) juga kata begitu. Allah sudah beri saya segala-galanya dan hanya satu yang saya sering doakan setiap hari, 'temukanlah aku dengan suamiku yang sebenar' dan Alhamdulillah, Dia temukan saya dengan Abang.

- UTUSAN
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url